CIReL UMPSA

PSPe BERSAMA KOMUNITI

PROGRAM INOVASI SOSIAL PSPE 2.0
BERSAMA KOMUNITI (PERINGKAT IPT)

25 September 2024, Makmal Komputer Perpustakaan UMPSA, Gambang

Program Inovasi sosial PSPe 2.0 pada kali ini telah diadakan di Makmal Komputer Perpustakaan UMPSA, Gambang dengan penglibatan seramai 25 orang pelajar dari KKTM Kuantan, KPTM Kuantan dan ILP Kuantan . Dimana penganjuran program ini adalah seiring dengan matlamat Pembangunan Mampan dibawah SDG empat (4): Quality Education. Sesi perkongsian pada siri kali ini adalah berfokuskan kepada kemahiran dalam penyediaan poster dan juga penyediaan video pendek dengan menggunakan perisian Canva, dimana ianya dapat membantu para pelajar dalam membuat penyediaan bahan pembelajaran yang lebih interaktif.

PROGRAM INOVASI SOSIAL PSPe 2.0
BERSAMA PARA PELAJAR INSTITUT
KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN), PEKAN

28 Ogos 2024, IKBN Pekan

Program Inovasi sosial PSPe 2.0 pada kali ini telah diadakan di Makmal Virtual Learning, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dengan penglibatan seramai 20 orang pelajar. Dimana penganjuran program ini adalah seiring dengan matlamat Pembangunan Mampan dibawah SDG empat (4): Quality Education. Sesi perkongsian pada siri kali ini adalah berfokuskan kepada kemahiran dalam penyediaan poster dan juga penyediaan video pendek dengan menggunakan perisian Canva, dimana ianya dapat membantu para pelajar dalam membuat penyediaan bahan pembelajaran yang lebih interaktif.

PROGRAM INOVASI SOSIAL PSPe 2.0
BERSAMA PARA PELAJAR INSTITUT
KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN), PEKAN

1 Ogos 2024, Makmal Komputer, Perpustakaan UMPSA, Pekan 

Bersempena penganjuran Kolokium e-Pembelajaran UMPSA 2024, Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan program perkongsian bersama komuniti sekolah dalam memperkasakan teknologi pendidikan yang berfokuskan kepada pembangunan kandungan digital dalam pembelajaran yang juga menyokong kepada bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics). Program yang melibatkan seramai 30 orang pelajar dari SMK Seri Pekan & SMK Indera Shahbandar, Pekan ini telah diadakan di Makmal Komputer Perpustakaan UMPSA, kampus Pekan dan dibantu 3 orang fasilitator program, Puan Nani Nornasehah Che Morni, Cik Norfarahani A Bakar dan Encik Mohd Shahri Mohd Akhir.

PUSAT SUMBER PENGAJARAN & e-PEMBELAJARAN (PSPe) UMPSA, PERKASA TEKNOLOGI PENDIDIKAN (KANDUNGAN DIGITAL) BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI

20 Jun 2024, Cameron Highlands

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengambil pendekatan dan inisiatif menyantuni komuniti Orang Asli khususnya pelajar dari sekolah menengah dan rendah dalam memperkasakan teknologi pendidikan yang berfokuskan kepada pembangunan kandungan digital dalamMpembelajaran yang juga menyokong kepada bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics). Yang mana secara tidak langsung memberikan pendedahan dan juga kesedaran di kalangan komuniti orang asli tentang kepentingan penggunaan teknologi pendidikan terkini melalui program Inovasi Sosial PSPe bersama komuniti 2.0: Perkasa Teknologi Dalam Pendidikan.




PSPe BERSAMA KOMUNITI: PERKONGSIAN ILMU TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK CINI, PEKAN

 
14 DISEMBER 2023

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerusi inisiatif menggalakkan penggunaan platform digital secara beretika, telah mengadakan program pemerkasaan teknologi digital dalam pembelajaran di Sekolah Kluster Kecemerlangan,SK Tasik Cini Pekan (JHEOA).Menurut ketua program bersama komuniti ini, En. Mohd Shahri, program ini merupakan slot perkongsian ilmu bagi teknologi digital dalam pembelajaran (siri 6) yang melibatkan kumpulan Pereka di PSPe, dan lima (5) siri sebelum ini telah berjaya diadakan di beberapa buah sekolah seperti SMK Seri Pekan, SMK Karak, komuniti sekitar Pekan (dengan kerjasama Yayasan UMPSA) dan pelajar-pelajar dari Insititusi pengajian tinggi (IKM, KKTM, Kolej Komuniti sekitar Pekan dan Kuantan).


PERKUKUHKAN LAGI AKTIVITI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN AKADEMIK & INOVASI SOSIAL UMPSA BERSAMA SMK SERI PEKAN

 
23 NOVEMBER 2023

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mensasarkan beberapa program perintis bersamakomuniti luar UMP bagi memperkasakan masyarakat dengan teknologi terkini dalam pendidikan sebagai tanggungjawab dan khidmat inovasi komuniti (CSI) universiti dan SMK Seri Pekan adalah institusi yang pertama dipilih oleh pihak PSPe untuk menjayakan aktiviti yang tersebut pada 15 Februari 2023 yang lalu.Bagi menggariskan hasrat kedua-dua pihak untuk mengerat dan memepertingkatkan jalinan kerjasama yang lebih berkesan dalam bidang teknikal, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi khidmat rundingan dan latihan kepakaran dalam bidang penyelidikan, akademik, kokurikulum dan bina insan serta pembangunan bahan digital dalam bidang akademik dan bukan akademik.


PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI (PELAJAR IPT) SIRI 2

19 OGOS 2023

Pusat Sumber Pengajaran e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), sekali lagi menganjurkan program bersama komuniti (siri 2) dimana ianya melibatkan penyertaan pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kuantan & Pusat Giat Mara, Kuantan. Berkonsepkan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada institusi jemputan dan objektif penganjuran program ini adalah untuk berkongsi kepakaran dalam inovasi teknologi pendidikan pada hari ini kepada para pelajar. Dimana ianya berfokuskan kepada pengenalan asas bagi pembangunan kandungan digital dalam pembelajaran. Ini secara tidak langsung membantu para pelajar dalam pengaplikasian sistem & teknologi yang terkini bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Modul pembelajaran bagi sesi ini boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/

PROGRAM PERKASA TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN BERSAMA KOMUNITI (SMK KARAK)

26 JULAI 2023

Pusat Sumber Pengajaran e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP), telah menganjurkan program bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Karak yang melibatkan penyertaan seramai 20 orang pelajar dan juga 20 orang guru. Bertemakan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar dan juga guru sekolah dimana program perkongsian kepakaran dan teknologi pendidikan yang boleh diadaptasikan oleh para pelajar dan juga guru untuk pengajaran dan pembelajaran dimana ianya berfokuskan kepada pengenalan asas bagi pembangunan bahan dan kandungan pembelajaran. Perkongsian ini sangat membantu para pelajar dan guru dalam pengaplikasian sistem teknologi yang terkini. Sesi pembelajaran ini adalah menggunakan pelantar e-pembelajaran UMP yang boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar ILMU UMP https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/

PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI (PELAJAR IPT)

21 JUN 2023

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP), sekali lagi menganjurkan program bersama komuniti dimana ianya melibatkan penyertaan seramai 20 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara, Pekan & Kolej Komuniti Pekan.Berkonsepkan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada institusi pengajian tinggi di sekitar Pekan. Pengarah program PSPe bersama komuniti ini, Mohd Shahri Mohd Akhir (Eksekutif Kanan) menyatakan program bersama komuniti ini adalah satu program bersiri PSPe bersama komuniti dalam perkongsian kepakaran dan teknologi pendidikan yang terkini bersama komuniti setempat.

PROGRAM KEMBARA PRIHATIN YAYASAN UMP : KURSUS PENGENALAN ASAS PEMBANGUNAN
BAHAN DIGITAL

17 JUN 2023

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama-sama Yayasan UMP dibawah Program Kembara Prihatin Yayasan UMP telah menganjurkan satu Kursus Pengenalan Asas Pembangunan Bahan Digital dengan penglibatan daripada komuniti Pekan, Pahang seramai 30 orang.Berkonsepkan “Perkongsian Inovasi Teknologi”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada komuniti setempat. Menurut Encik Mohd Shahri Mohd Akhir (Eksekutif Kanan) selaku ketua program, siri perkongsian bersama komuniti ini adalah salah satu program yang dijalankan oleh pihak PSPe bersama komuniti setempat dimana ianya memberikan pendedahan asas kepada para peserta dalam membangunankan  bahan kandungan digital mengikut keperluan masing-masing. Modul pembelajaran  bagi sesi ini boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar ILMU UMP https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI : PERKASA TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN SMK SERI PEKAN
 
15 FEBRUARI 2023

Dalam menyahut agenda `Teknologi untuk masyarakat’ dibawah Pelan Strategik UMP25, Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP) mensasarkan beberapa program perintis bersama komuniti luar UMP bagi memperkasakan masyarakat dengan teknologi terkini dalam pendidikan sebagai tanggungjawab dan khidmat inovasi komuniti (CSI) universiti. Sejajar dengan agenda yang berkenaan, PSPe telah memilih Sekolah Menengah Seri Pekan (SMK Seri Pekan) sebagai kumpulan yang pertama bagi menjayakan misi ini. Program “Memperkasakan Teknologi Dalam Pendidikan” telah berjaya diadakan pada 15 Februari 2023 yang lalu dengan penyertaan seramai 30 orang pelajar peringkat menengah. 
Image
— Contact
Centre of Instructional Resources & e-Learning (CIReL) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 26600 Pekan, Pahang

Web Traffic

Today310
Yesterday732
This week3772
This month11851
Total1234123
2025-06-21