Berita PSPe

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK BAGI TEKNOLOGI TERKINI DALAM PENGHASILAN
KANDUNGAN DIGITAL (AKADEMIK) UMPSA

Image
Image
Image
Bilik Mesyuarat PSPe, 27 Mac 2024

Sesi perkongsian pengamalan terbaik bagi penggunaan teknologi terkini bagi pembangunan kandungan digital (akademik) ini adalah inisiatif yang baharu diadakan di Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe).

Sesi perkongsian ini akan diadakan secara berterusan (setiap bulan) dimana setiap Pereka di PSPe perlu untuk berkongsi penggunaan teknologi yang terkini bagi penghasilan bahan kandungan digital (akademik) yang baik dan berkualiti.

Objektif inisiatif ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan staf teknikal & Pereka di PSPe sekaligus dapat menghasilkan kandungan digital yang lebih baik dan berkualiti.

Sesi perkongsian bagi bulan Mac 2024, telah disampaikan oleh Puan Nani Nurnasihah Binti Che Morni.

Layari https://cirel.umpsa.edu.my untuk dapatkan pelbagai maklumat lanjut berkenaan inisiatif dan aktiviti-aktiviti e-pembelajaran UMPSA

MAJLIS DOA SELAMAT & TAZKIRAH SEMPENA IHYA’ RAMADHAN 2024/1445H

Image
Image
Image
Bilik Mesyuarat PSPe, 4 Mac 2024

Program Majlis Doa Selamat & Tazkirah sempena Ihya’ Ramdhan 2024/1445H telah diadakan pejabat Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe). Program turut dihadiri barisan pengurusan PSPe dan juga warga kerja PSPe ini di ketuai oleh En. Muhamad Syafiq Mohd Yusof, Pereka PSPe.

Di majlis yang sama, turut diraikan majlis perpisahan untuk En. Muhamad Syafiq yang akan bersama keluarga PSPe sehingga 20 Mac 2024 dan memulakan perjalanan di tempat yang baharu. Sekali lagi, kami warga PSPe ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas khidmat bakti dan komitmen yang terbaik sepanjang bersama-sama keluarga PSPe. Semoga berjaya dan terus cemerlang di tempat yang baharu.

Pelbagai maklumat dan info yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMPSA boleh didapati di portal https://cirel.umpsa.edu.my

SESI PERKONGSIAN : AI POWERED BERSAMA WAKIL OPENLEARNING GLOBAL (MALAYSIA)

Image
Image
Image
Bilik Mesyuarat Utama Ditec UMPSA Pekan, 4 Mac 2024

Satu sesi perkongsian berkenaan AI POWERED bersama wakil daripada Openlearning Global (Malaysia), telah diadakan di UMPSA Kampus Pekan. Siri perkongsian ini telah disampaikan oleh Puan Masyitah binti Ismail.

Siri perkongsian ini dihadiri oleh penyelaras e-pembelajaran UMPSA, wakil pusat dan pusat akademik serta staf teknikal PSPe.

Pelbagai maklumat dan info yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMPSA boleh didapati di portal https://cirel.umpsa.edu.my

TAKLIMAT SKOP KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN PSPe BERSAMA STAF BAHARU

Image
Image
Image
Bilik Mesyuarat PSPe, 5 Mac 2024

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) telah menerima 4 orang staf baharu (Pereka) yang telah melapor diri di PSPe pada 4 Mac 2024.Bagi memastikan kelancaran operasi dan pentadbiran di PSPe untuk staf baharu, satu sesi taklimat bagi skop Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP PSPe) telah diadakan dan disampaikan oleh Penyelaras KKP PSPe, En. Mohd Shahri.

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemakluman awal berkenaan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang perlu dititik beratkan oleh semua pekerja bagi memastikan persekitaran pekerjaan yang selamat sekaligus mewujudkan suasana pekerjaan yang kondusif dan sihat.

BENGKEL PEMBANGUNAN SIM ODL UMPSA

Image
Image
Image
UMPSA Gambang, 22 Februari 2024 

Bengkel anjuran Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, telah dihadiri oleh 65 orang pensyarah dari fakulti dan pusat akademik di UMPSA.

Objektif peganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan dan perkongsian maklumat kepada para pensyarah UMPSA berkenaan kriteria pengajaran bagi menghasilkan dokumen Self Instructional Materials (SIM) bagi progam ODL.

Bengkel ini disampaikan oleh Prof Madya Ts Dr Irwan Mahazir Ismail, dan beliau adalah salah seorang auditor MQA bagi penarafan program-program ODL, TVET dan Information Technology. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam penarafan lebih 30 program ODL (MQA) dan 5 program ODL bagi SWA (USM dan UUM).

MENTAL HEALTH AWARENESS TALK - DON’T LET YOUR THOUGHT CONTROL YOU

Image
Image
Image
Global Clasroom UMPSA Pekan, 21 Februari 2024

“Mental Health Awareness Talk - Don’t Let Your Thought Control You” anjuran Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (PSPe) telah diadakan di Global Classroom, UMPSA Pekan.Program perkongsian ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkenaan dengan kesihatan mental dikalangan staf PSPe yang disampaikan oleh Puan Nur Atiqah binti Mohd Nor, Pegawai Psikologi Pusat Sejahtera UMPSA.

Penyelaras latihan dan promosi KKP PSPe, Puan Nurul Ashikin Mohd Anasir menyatakan, program pada kali ini adalah memfokuskan berkenaan kesedaran tentang kesihatan mental, memahami tentang isu-isu kesihatan mental, kemahiran menguruskan diri, bagaimana dan di mana untuk mendapatkan bantuan, serta menghapuskan stigma dalam isu-isu kesihatan mental. Bagi staf & pelajar UMPSA yang ingin mendapatkan khidmat rundingan bersama Pegawai Psikologi UMPSA, boleh email pusatsejahtera@umpsa.edu.my

Disediakan oleh:
Mohd Shahri Mohd Akhir
Penyelaras KKP PSPe

SESI TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN BAGI INISIATIF ODL UMPSA BERSAMA
PUSAT SAINS MATEMATIK (PSM)

Image
Image
UMPSA Kampus Gambang, 17 Januari 2024

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), telah mengadakan satu sesi taklimat bersama 15 orang staf akademik PSM (Pembangun kursus ODL PSM) yang diketuai oleh Dr. Mohd Sham Mohamad, selaku Timbalan Dekan Akademik, PSM. Sesi ini juga membincangkan berkenaan halatuju dan juga strategi oleh pihak PSM bagi mencapai sasaran e-pembelajaran UMPSA bagi tahun 2024.

Sesi bersama pihak PSM ini diketuai oleh Timbalan Pengarah PSPe, Dr Sureena Abdullah dan wakil teknikal PSPe, Cik Nursurainie Mohamed Shateri dan hasil perbincangan yang tersebut, gerak kerja bagi inisiatif-inisiatif yang berkenaan akan mula digerakkan pada pertengahan Februari 2024.

Pelbagai maklumat dan info yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMPSA boleh didapati di portal https://cirel.umpsa.edu.my

INISIATIF GLOBAL CLASSROOM UMPSA DALAM KONTEKS MASYARAKAT MADANI

Image
Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh beberapa orang Guru Bahasa dari Pusat BahasaModen (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (UMPSA) dibawah inisiatif Global Classroom. Pencapaian ini sekaligus memberikan impak yang positif dan memperlihatkan peningkatan penganjuran aktiviti Global Classroom pada setiap semester.

Selain mendukung hasrat matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti dan SDG ke-17 Rakan Kerjasama yang telah diketahui selama ini, pelaksanaan Global Classroom juga bertepatan dengan konsep masyarakat Madani dalam usaha memperkukuh dan menginovasikan proses pembelajaran yang bermakna.

Keseimbangan dalam proses memaknakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di antara tenaga pengajar dan pelajar menjadikan pelaksanaan Global Classroom ini unik dan dinamik. Selaras dengan konsep masyarakat Madani yang berlandaskan enam rukun utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, inisiatif ini telah membuktikan keberkesanannya melalui bukti empirikal dan pengalaman praktikal. Hal ini menjadikan inisiatif Global Classroom diyakini oleh institusi pendidikan tinggi yang ingin meningkatkan hasil pembelajaran dan pengalaman holistik pelajar mereka.

Pencapaian yang melibatkan insiatif pelaksanaan Global Classroom juga membuktikan bahawa inisiatif ini bukan sekadar aktiviti di dalam kelas dengan kerjasama pihak institusi pengajian tinggi dan pihak industri luar negara semata-mata tetapi inisiatif ini merangkumi aspek yang lebih meluas. Antaranya ialah pelaksanaan kajian tindakan, penerbitan, penglibatan dalam pertandingan inovasi dan jaringan kerjasama rakan strategik. Hal ini memberikan impak dan maklumbalas yang baik sekiranya dimanfaatkan secara holistik oleh tenaga pengajar yang terlibat dimana banyak peluang baharu dapat diterokai dan dimanfaatkan.

Di mana ada permulaan, Di situ ada laluan, Di akhir ada menanti,Di sebalik sebuah usaha, Di pimpin bersama-sama, Di kecapi manisnya sebuah kejayaan. Di seantero dunia tiada bersempadan,Itulah dinamakan inisiatif Global Classroom.

Artikel disediakan oleh:

Jamilah Bebe Mohamad
(Guru Bahasa Pusat Bahasa Moden UMPSA)

Amy Zulaikha Mohd Ali.
(Guru Bahasa Pusat Bahasa Moden UMPSA)

Mohd Shahri bin Mohd Akhir
(Eksekutif Kanan, PSPe)

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (GHS) PUSAT SUMBER PENGAJARAN & e-PEMBELAJARAN (PSPe) UMPSA, BAGI BULAN FEBRUARI 2024

Image
Image
Image
Kuantan Megalanes Bowling, 1 Februari 2024

Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli, Pengarah PSPe bersama-sama warga PSPe yang lain telah menjayakan sukan boling bagi aktiviti gaya hidup sihat (GHS) 2/2024 yang dianjurkan oleh Penyelaras GHS PSPe bagi bulan Februari 2024.

Program bulanan yang diselaraskan oleh Penyelaras GHS PSPe, Encik Mohd Amerul, menyatakan objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan warga PSPe sentiasa bertenaga serta mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan cergas, sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Program ini diadakan bersempena majlis apresiasi staf PSPe.

PEMBANGUNAN MICRO CREDENTIALS BERSAMA AIRASIA DRONE

Image
Image
Image
AirAsia Drone Academy, 16 Januari 2024

Pemurniaan kandungan modul Remote Pilot Certificate of Competency-Basic (RCOC-B) bersama jemputan panel pakar dari Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM).Sesi ini bagi membantu SME dalam membangunkan modul Micro Credentials: Drone Technology bersama AirAsia Drone.

Sesi pada kali ini jalankan oleh Dr Daing Mohamad Nafiz Bin Daing Idris, Timbalan Pengarah PSPe dan dibantu oleh staf teknikal PSPe, Muhammad Syafiq bin Mohd Yusof.

PEMBANGUNAN MICRO CREDENTIALS BERSAMA AIRASIA DRONE

Image
Image
Image
AirAsia Drone Academy, 9 Januari 2024

Sesi pembentangan dan semakan isi kandungan untuk modul Micro Credentials: Drone Technology bersama AirAsia Drone ini adalah siri perbincangan bagi pembangunan kandungan modul 2: Extended Visual Line of Sight (EVLOS) - Photogrammetry dan Structure for Motion (SfM) bersama panel pakar.

Perbincangan ini adalah untuk mengemaskemaskini dan semakan akhir bagi isi kandungan modul bagi slide pengajaran dan rakaman bahan pengajaran. Sesi pada kali ini jalankan oleh Dr Daing Mohamad Nafiz Bin Daing Idris, Timbalan Pengarah PSPe dan dibantu oleh dua staf teknikal PSPe, Muhammad Syafiq bin Mohd Yusof dan Tengku Ahmad Harishamizan Bin Tengku Sulaiman.


PERKUKUHKAN LAGI AKTIVITI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN AKADEMIK & INOVASI SOSIAL UMPSA
BERSAMA SMK SERI PEKAN

Image
Image
Image
SMK Seri Pekan, 25 November 2023

Dalam menyahut agenda `Teknologi untuk masyarakat’ dibawah Pelan Strategik UMP25, Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mensasarkanbeberapa program perintis bersamakomuniti luar UMP bagi memperkasakan masyarakat dengan teknologi terkini dalam pendidikan sebagai tanggungjawab dan khidmat inovasi komuniti (CSI) universiti dan SMK Seri Pekan adalah institusi yang pertama dipilih oleh pihak PSPe untuk menjayakan aktiviti yang tersebut pada 15 Februari 2023 yang lalu.

Sepertimana sedia maklum, SMK Seri Pekan adalah sebuah sekolah model khas yang dikenali sebagai Sekolah Indera Shahbandar (SISP) yang menggabungkan pendidikan rendah dan menengah dibawah satu pergurusan  dan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan UMPSA adalah sebuah universiti yang fokusnya adalah dalam bidang pendidikan teknikal yang berkualiti tinggi dengan menawarkan program-program akademik yang cemerlang melalui persekitaran yang kondusif  bagi melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan berinovasi.

Bagi menggariskan hasrat kedua-dua pihak untuk mengerat dan memepertingkatkan jalinan kerjasama yang lebih berkesan dalam bidang teknikal, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi khidmat rundingan dan latihan kepakaran dalam bidang penyelidikan, akademik, kokurikulum dan bina insan serta pembangunan bahan digital dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Bersempena Hari Terbuka 2023 SMK Seri Pekan (sambutan Jubli Perak) yang diadakan pada 25 November 2023, majlis pertukaran dokumen MoU diantara UMPSA bersama SMK Seri Pekan telah diadakan dan UMPSA diwakili oleh Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor (Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM)Jabatan Canseleri, dan Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli (Pengarah, PSPe), Encik Mohd Shahri Mohd Akhir, Eksekutif Kanan, PSPe manakala SMK Seri Pekan diwakili oleh Puan Zahamana Binti Zainuddin, Pengetua SMK Seri Pekan dan Encik Zaifol Bahrizan bin Mohammad Zan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan (selaku perasmi Hari Terbuka SMK Seri Pekan 2023)

Diharapkan dengan jalinan kerjasama ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan diantara UMPSA dan SMK Seri Pekan sekaligus dapat melahirkan model insan yang cemerlang dan terbilang. Pelbagai berita menarik dengan melayari portal PSPe di https://cirel.umpsa.edu.my

 

Disediakan oleh:
Mohd Shahri bin Mohd Akhir, Eksekutif Kanan

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe)

 

 

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (GHS) PUSAT SUMBER PENGAJARAN & e-PEMBELAJARAN (PSPe),
UMPSA – BADMINTON

Image
Image
Image
Protech Badminton Court Pekan, 3 Januari 2024
Pengarah PSPe, Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli dan warga PSPe telah bersama-sama menjayakan aktiviti gaya hidup sihat (GHS) yang dianjurkan pada hari ini.

Program bulanan yang diselarakan oleh Penyelaras GSH PSPe, Encik Mohd Amerul, menyatakan objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran ke arah amalan gaya hidup sihat dan cergas, sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan warga PSPe, UMPSA.

Pelbagai aktiviti kesihatan dan kecergasan untuk staf PSPe yang telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang tahun 2024 ini.

Program gaya hidup sihat yang dianjurkan secara bulanan ini adalah menyahut seruan pengurusan universiti dalam mewujudkan persekitaran warga UMPSA yang sihat.

Disediakan oleh:
Mohd Shahri Mohd Akhir

TAKLIMAT SKOP KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN PSPE BERSAMA STAF BAHARU

Image
Image
Image
Bilik Mesyuarat PSPe, 3 Januari 2024
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) telah menerima 3 orang staf baharu (Pereka) yang telah melapor diri di PSPe pada 15 Disember 2023 (Encik Tengku Ahmad Harishamizan Bin Tengku Sulaiman) & 2 Januari 2024 (Cik Siti Nur Irsyadiah Binti Salimi & Encik Muhammad Syafiq Bin Mohd Yusof).

Bagi memastikan kelancaran operasi dan pentadbiran di PSPe untuk staf baharu, satu sesi taklimat bagi skop Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP PSPe) telah diadakan dan disampaikan oleh Penyelaras KKP PSPe, En. Mohd Shahri bersama pengurusan PSPe iaitu Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli (Pengarah) dan juga Dr Sureena Abdullah (Timbalan Pengarah).

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal berkenaan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang perlu dititik beratkan oleh semua pekerja bagi memastikan persekitaran pekerjaan yang selamat sekaligus mewujudkan suasana pekerjaan yang kondusif dan sihat.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan oleh unit KKP PSPe sepanjang tahun 2024 ini seiring dengan tagline KKP UMPSA “KERJA SELAMAT, SENTIASA SELAMAT, KEKAL SELAMAT”

PSPe BERSAMA KOMUNITI: PERKONGSIAN ILMU TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK CINI, PEKAN.

Image
Image
Image
Tasik Cini, 14 Disember 2023 
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerusi inisiatif menggalakkan penggunaan platform digital secara beretika, telah mengadakan program pemerkasaan teknologi digital dalam pembelajaran di Sekolah Kluster Kecemerlangan, SK Tasik Cini Pekan (JHEOA)

Menurut ketua program bersama komuniti ini, En. Mohd Shahri, program ini merupakan slot perkongsian ilmu bagi teknologi digital dalam pembelajaran (siri 6) yang melibatkan kumpulan Pereka di PSPe, dan lima (5) siri sebelum ini telah berjaya diadakan di beberapa buah sekolah seperti SMK Seri Pekan, SMK Karak, komuniti sekitar Pekan (dengan kerjasama Yayasan UMPSA) dan pelajar-pelajar dari Insititusi pengajian tinggi (IKM, KKTM, Kolej Komuniti sekitar Pekan dan Kuantan).

Objektif program bersama SK Tasik Cini ini adalah untuk berkongsi ilmu dan kepakaran berkenaan teknologi digitial dalam pembelajaran kepada para pelajar terutamanya pelajar –pelajar orang asli serta beberapa orang guru, sekaligus dapat membantu pihak sekolah dalam mengetengahkan beberapa inisiatif seperti Bitara Budaya, Masakan Tradisional Orang Asli, dan juga kraftangan bagi Eco Pelancongan Cilik 2024, selain bertujuan untuk mewujudkan jaringan kerjasama dan penglibatsamaan komuniti universiti dan komuniti luar, sekaligus dapat menerapkan penggunaan media digital yang beretika ke dalam program akademik serta aktiviti kokurikulum di sekolah dan IPT.

Program ini dibahagikan kepada dua (2) modul iaitu pembangunan poster dan juga video pendek bagi pembelajaran yang interaktif melalui aplikasi Canva yang diketuai oleh Pereka PSPe, Encik Tengku Ahmad Harishamizan. Bagi tahun 2024, pelbagai program yang menarik telah disusun bagi aktiviti perkongsian bersama komuniti ini yang akan diperkukuhkan lagi dengan penglibatan pakar-pakar dari UMPSA.

Dapatkan pelbagai maklumat terkini bagi inisiatif e-pembelajaran di UMPSA di portal kami https://cirel.umpsa.edu.my

UMPSA – MTDC: MEMPERTINGKATKAN PENGHASILAN DAN PENAWARAN KANDUNGAN DIGITAL
(MICRO CREDENTIALS)

Image
Image
Image
28 November 2023
Seiring dengan perubahan kaedah dan teknologi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dunia pada hari ini (pasca COVID 19), Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) telah mengambil pendekatan yang strategik bagi mempertingkatkan lagi penghasilan kandungan digital akademik UMPSA bersama rakan kerjasama daripada pihak agensi luar dan industri sekaligus membantu dalam pencapaian sasaran inisitif UMPSA 25.

Siri perbincangan awal bersama pihak MTDC telah dijalankan oleh pihak pengurusan PSPe yang diketuai oleh Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli selaku Pengarah, dan kerjasama ini diperkukuhkan lagi dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang mengfokuskan kepada penghasilan modul akademik bagi tujuan latihan kepada komuniti dalam dan luar UMPSA.

Objektif utama bagi kerjasama ini adalah untuk memantapkan lagi penghasilan bahan pengajaran & pembelajaran secara Micro Credentials (MC) oleh kedua-dua agensi yang akan diselaraskan oleh pihak Technopreneur Training Academy (TENTRA), MTDC. Dengan kerjasama ini, ianya akan membuka peluang yang lebih luas bagi prospek pelajar dalam dan luar negara sekaligus memberikan banyak manfaat kepada pembangunan ekosistem teknologi pendidikan.

Majlis menandatangani MoU MTDC – UMPSA ini, dirasmikan oleh Ts.Hj Mohammad Hazani Hi Hassan selaku CEO MTDC. Dengan penglibatan dan kehadiran rakan industri & agensi lain seperti YH Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin (Naib Canselor, UMPSA), Profesor Ir Ts Dr Ziad Sulaiman (Timbalan Naib Canselor- Akademik & Antarabangsa), Dr. Hj Mohamad Kamal Hj Harun (CEO- Razak School of Government), En. Khairil Effendy Bin Ahmad Dhman Huri (Managing Director - NEXAGATE SDN BHD, dan akhir sekali adalah En. Muhammad Arif Tukiman (CEO - RUNCLOUD)

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN
(MOBILE CLINIC) STAF JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK & ANTARABANGSA (JHEAA), UMPSA 2023

Image
Image
Image
22 November 2023 - Perpustakaan UMPSA, Pekan
Jawatankuasa kesihatan & Keselamatan Pekerja (KKP), Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya menganjurkan program saringan kesihatan (Mobile Clinic) kepada staf Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (JHEAA) di ruangan aras 4, Perpustakaan UMPSA Pekan.

Objektif penganjuran program saringan kesihatan ini adalah menyahut saranan pihak pengurusan universiti untuk memastikan warga UMPSA berada dalam keadaan yang sihat sekaligus dapat menjana produktiviti yang baik dan berkualiti serta meningkatkan kesejahteraan komuniti UMPSA.

Justeru, program saringan kesihatan (mobile Clinic) serta aktiviti amalan hidup sihat ini adalah salah satu factor dan kunci kepada pekerja yang sihat, cergas dan produktif. Pihak KKP PSPe, mewakili Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (JHEAA) amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penganjuran program saringan kesihatan 2023 ini.

Dapatkan pelbagai berita menarik dan terkini bagi inisiatif e-Pembelajaran UMPSA dengan melayari portal rasmi PSPe di https://cirel.ump.edu.my/index.php/en/

Disediakan oleh:
Mohd Shahri Mohd Akhir
Penyelaras Kesihatan & Keselamatan Pekerja (KKP)
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

LAWATAN PENANDA ARASAN KE PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (PPPJJ) &
PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN (SOM), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Image
Image
Image
24 November 2023
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) telah mengadakan lawatan penanda arasan ke Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) dan Pusat Pengajian Pengurusan (SOM), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Seiring dengan perancangan serta sasaran Universiti Malaysia Pahang Al-sultan Abdullah (UMPSA), Objektif lawatan pada kali ini adalah untuk mendapatkan input yang bersasarkan kepada pengurusan operasi, pembangunan kursus/program dan pengamalan terbaik bagi Open & Distance Learning (ODL) serta Micro-Credentials.

Pelbagai kejayaan yang dibentangkan oleh pihak PPPJJ diantaranya, berjaya menghasilkan lebih 20,000 graduan ODL dan mempunyai hampir 5,000 orang pelajar ODL yang aktif pada 2023. Dengan kelebihan dan kejayaan yang telah dicapai oleh pihak PPPJJ, telah membakar semangat delegasi UMPSA untuk terus melangkah sekaligus merealisasikan penawaran program ODL UMPSA.

Lawatan ini telah dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah PSPe, Ketua Program (FTKKP & FPI) dan juga wakil dari UMP Advanced.

MESYUARAT KERJASAMA PEMBANGUNAN MICRO-CREDENTIALS UMPSA & MALAYSIA GREEN TECHNOLOGY CENTER (MGTC)

Image
Image
Image
21 NOVEMBER 2023- Bangi, Selangor
Satu sesi perbincangan bersama wakil Malaysia Green Technology Center (MGTC) bagi pembangunan kursus akademik dan Micro-Credentials berkaitan tenaga, perubahan iklim dan kenderaan elektrik telah diadakan di pejabat MGTC,Bangi, Selangor.

Objektif perbincangan bersama pihak MGTC ini adalah salah satu insiatif strategik UMPSA dan juga UMP Advance bersama rakan strategik agensi dan industri bagi menyemarakkan lagi pembangunan dan penawaran kursus akademik melalui pendekatan atau kaedah Micro-Credentials yang terkini serta industrial driven yang menyokong kepada Sustainable Development Goals (SDGs).

Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri oleh Prof. Madya Ts. Dr Awanis Romli, Pengarah PSPe, Dr Daing Muhamad Nafis, Timbalan Pengarah PSPe, Dr. Ahmad Johari, Pemangku CEO UMP Advanced, dan juga Dr. Saiful Anwar Che Ghani dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Automotif (FTKMA).

LAWATAN PERKONGSIAN TEKNOLOGI “HYBRID LEARNING SPACE” DI NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE (NUS)

Image
Image
Image
8 NOVEMBER 2023 – Singapura
 
Lawatan perkongsian teknologi bagi pembangunan hybrid Classroom oleh wakil teknikal Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ke NUS Information Technology di National University of Singapore (NUS) adalah salah satu inisiatif bagi mendapatkan pendedahan yang terkini berkaitan teknologi yang dibangunkan oleh pihak NUS information Technology dalam memastikan kaedah pembelajaran dan pengajaran selari dengan keperluan teknologi pada masa kini.

Lawatan ini adalah bersempena penyertaan wakil PSPe ke program Edutech Asia 2023 yang telah berlangsung di Sands Expo & Convention Centre, Singapore pada 7-9 November 2023 yang lalu.

Delegasi UMPSA yang diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr Awanis Romli selaku Pengarah PSPe telah telah diberi penerangan mengenai amalan terbaik dan proses pembangunan dan penggunaan teknologi bagi pusat pendidikan yang berkonsepkan hybrid learning Space di NUS. Maklumat-maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak PSPe dalam membangunkan pusat pembelajaran & pengajaran yang berkonsepkan Hybrid learning space di UMPSA iaitu di Hyflex Edustop yang terletak di Kampus Gambang. Delegasi UMPSA juga dibawa melawat ke pusat rekreasi dan komersil pelajar yang terletak di University Town, NUS.

“Lawatan ini memberikan manfaat dalam meningkatkan pendedahan teknologi yang terkini kepada wakil teknikal PSPe disamping membuka pintu kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang bersama pihak NUS Information Technology.

PERKONGSIAN TEKNOLOGI BERSAMA ZOOM

Image
Image
Image
7 NOVEMBER 2023 – Singapura
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mendapat peluang melawat ke ibu pejabat ZOOM yang berpengkalan di Singapura. Delegasi PSPe yang diketuai oleh Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli dan juga wakil Bintara Solutions Sdn Bhd ke Ibu pejabat ZOOM ini sedikit sebanyak memberi pendedahan dan pengalaman yang terbaik kepada PSPe dalam pengendalian ZOOM dimana PSPe adalah diantara pengguna terawal dikalangan universiti awam di Malaysia bagi perisian ZOOM ini.

Perkongsian teknologi & Demo tour oleh Mr. Jenzus Hsu, Partner Solutions Engineer, ISV dan Dr Lance Ford, Zoom Spaces Lead Educator, memberikan input yang sangat baik kepada delegasi PSPe, terutamanya kepada kumpulan teknikal PSPe.

BENGKEL SEMAKAN AKHIR GARIS PANDUAN MICRO CREDENTIALS & TASKFORCE ODL UMPSA

Image
Image
Image
1 NOVEMBER 2023 – TAMU HOTEL & SUITES, KUALA LUMPUR
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), JHEAA telah menganjurkan Bengkel Semakan Akhir Garis Panduan Micro-Credentials & Taskforce ODL UMPSA bertempat di Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur.

Penganjuran bengkel semakan akhir ini adalah susulan daripada 2 siri bengkel yang telah dijalankan bagi membangunkan draf dokumen garis panduan Micro-Credentials dengan penglibatan daripada dekan,pengarah bagi fakulti, pusat serta wakil daripada jabatan Bendahari dan UMP Advance.

Penglibatan daripada pengurusan fakulti, pusat serta organisasi yang berkepentingan ini adalah bagi mendapatkan maklumbalas dalam melaksanakan inisiatif e-pembelajaran UMPSA secara menyeluruh.

Objektif penganjuran bengkel akhir ini adalah bagi memastikan segala usaha dan inisiatif e-pembelajaran UMPSA berjalan lancar seiring dengan Pelan strategik UMPSA 25 dan juga Master Plan e-Learning UMPSA25.

Garis Panduan Micro – Credential (GPMC) ini akan dijadikan sebagai satu dokumen rujukan dan panduan bagi pembangun modul-modul akademik dan bukan akademik di UMPSA.

Pelbagai maklumat lanjut bagi inisiatif e-pembelajaran UMPSA dengan melayari https://cirel.ump.edu.my

SEMINAR GLOBAL CLASSROOM (GC): BRINGING THE WORLD INTO THE CLASSROOM 2023
 DI PUSAT BAHASA MODEN.

Image
Image
Image
04 JULAI 2023 – PBM UMPSA, KAMPUS PEKAN
Pusat Bahasa Moden (PBM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan sebuah seminar GC dalam kalangan warga PBM dalam usaha menyebarluaskan pelaksanaan inisiatif GC ini. Seminar yang dianjurkan oleh Unit E-Learning PBM menampilkan 7 orang penceramah iaitu 6 orang guru bahasa dan seorang pensyarah PBM.

Perkongsian ini bukan sahaja memberikan maklumat terperinci mengenai pelaksanaan inisiatif GC yang terdapat di UMPSA tetapi memberikan idea serta kaedah yang boleh diambil oleh semua tenaga pengajar untuk melaksanakan GC ini. Kesemua penceramah bersetuju bahawa pelaksanaan GC dapat memberikan nilai tambah yang baik kepada pelajar yang terlibat terutamanya dari segi aspek berkomunikasi, pertukaran pendapat, pertukaran budaya dan kaedah pembelajaran dan pembelajaran. Selain itu, pelaksanaan GC ini dapat menyumbang kepada jalinan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan industri dalam dan luar negara.

Selaras dengan hasrat Plan Pembangunan Lestari (SDG) ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti dan SDG ke-17 Rakan Kerjasama, maka pelaksanaan GC serta seminar sebegini sudah semestinya mendatangkan pelbagai manfaat kepada pelajar serta tenaga pengajar sekaligus menjadikan UMPSA keterlihatan di seantero dunia. Manakala menurut Prof. Madya Dr. Awanis Romli, Pengarah Pusat Sumber Pengajaran e-Pembelajaran (PSPe), usaha mengadakan seminar sebegini oleh PBM adalah usaha yang sangat bagus dan beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana sentiasa menyokong dan menyambut baik inisiatif pelaksanaan GC. Tahniah diucapkan juga kepada semua warga PBM kerana berjaya melaksanakan inisiatif GC setiap bulan bermula Februari 2023 sehingga September 2023. Semoga usaha baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh:
Jamilah Bebe Mohamad dan Amy Zulaikha Mohd Ali.
Guru Bahasa Pusat Bahasa Moden UMPSA

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH UNTUK PARA PENAJA IUCEL 2023

Image
Image
Image
17 OKTOBER 2023 – HOTEL ZENITH, KUANTAN
International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2023, adalah diantara acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh pakar-pakar akademik dan penyelidik dibidang e-pembelajaran dimana ianya adalah diantara medium atau saluran yang mengetengahkan bakat-bakat baru dalam penyelidikan, pengenalan kepada teknologi baharu dalam pengajaran & pembelajaran serta sesi perkongsian pengamalan terbaik bersama pakar dari dalam dan luar negara. Program yang dijalankan pada 25-26 September 2023 di Dewan Kompleks Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Kuantan, Pahang. Dalam memastikan kejayaan penganjuran IUCEL 2023 ini, pihak penganjur mendapat maklumbalas yang positif daripada beberapa organisasi swasta dalam menjayakan acara ini. Dengan sokongan yang baik daripada para penaja ini, IUCEL 2023 dapat dianjurkan dengan jayanya.

Bagi menghargai penajaan daripada organisasi ini, pihak penganjur telah menjemput wakil- wakil penaja ke Majlis Apresiasi Anugerah IUCEL 2023 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Mohamad Nizar bin Dato' Sri Mohamad Najib, DSAP. Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang dan tetamu kehormat daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) iaitu YBhg. Dato' Prof. Dr. Norzaini binti Azman Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Pengurusan Akademik dan Penyelidikan) serta pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik (BKA), YBrs. Prof. Madya Dr. Azidah binti Abu Ziden

Diantara penaja-penaja yang menjayakan penganjuran IUCEL 2023 pada kali ini adalah Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan, UMP Advance, UMP Holdings, Yayasan Pahang, eLearningMinds, dan Grand DarulMakmur Hotel Kuantan. TERIMA KASIH kerana sudi bersama kami dan kami berharap hubungan yang baik ini akan berterusan di masa hadapan.

Sekali lagi, jutaan terima kasih dari kami Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Jumpa lagi tahun depan, 2024.

Disediakan oleh :
Mohd Shahri Mohd Akhir
Eksekutif Kanan
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

TAHNIAH KEPADA PARA PENYELIDIK UMPSA DIATAS KEJAYAAN

DI INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING (IUCEL 2023)

Image
Image
Image
25-26 SEPTEMBER 2023 – MBK KUANTAN
TAHNIAH kepada para penyelidik UMPSA diatas kejayaan di International University Carnival on e-Learning (IUCEL 2023) pada 25 & 26 September 2023 yang lalu bertempat di Dewan Kompleks Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Penganjuran IUCEL2023 pada kali ini, memperlihatkan penyertaan sebanyak 253 produk inovasi teknologi pendidikan berteraskan e-pembelajaran dimana 40 penyertaan adalah daripada guru-guru dan juga pelajar sekolah.

TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA YUZAWANI

Image
Image
Image
16 OKTOBER 2023 – KUANTAN
3 tahun bersama team PSPe bermula dengan internship sehingga dilantik menjadi sebahagian daripada warga kerja PSPe semoga dapat mengembangkan lagi kerjaya ditempat yang baharu.. all the best

#farewell #pspeumpsa #elearning #kuantan 

PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI (PELAJAR IPT) SIRI 2

Image
Image
Image
19 OGOS 2023 – MAKMAL KOMPUTER PUSAT SAINS MATEMATIK (PSM) UMPSA
Pusat Sumber Pengajaran e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), sekali lagi menganjurkan program bersama komuniti (siri 2) dimana ianya melibatkan penyertaan pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kuantan Pusat Giat Mara, Kuantan.

Berkonsepkan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada institusi jemputan dan objektif penganjuran program ini adalah untuk berkongsi kepakaran dalam inovasi teknologi pendidikan pada hari ini kepada para pelajar. Dimana ianya berfokuskan kepada pengenalan asas bagi pembangunan kandungan digital dalam pembelajaran. Ini secara tidak langsung membantu para pelajar dalam pengaplikasian sistem  teknologi yang terkini bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Modul pembelajaran bagi sesi ini boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/

Penganjuran program ini adalah selari dengan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dibawah inisiatif Menggalakkan Penggunaan Platform Digital Secara Beretika yang mana menerapkan penggunaan media digital yang beretika ke dalam program akademik serta aktiviti kokurikulum di sekolah dan IPT. Ia sejajar dengan hasrat menjadikan universiti untuk masyarakat yang bukan sahaja memberi tumpuan dalam aspek akademik semata- mata, malah memberikan perkongsian yang bermanfaat kepada komuniti melalui program khidmat masyarakat. Pihak PSPe juga mengalu-alukan penajaan dari badan-badan korporat dan persendirian
dalam menjayakan siri #inovasiteknologibersamakomuniti dimasa akan datang. Pelbagai maklumat terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMPSA dengan melayari portal PSPe https://cirel.ump.edu.my/index.php/en/

LATIHAN KAWAD KECEMASAN STAFF PSPE & PTMK KAMPUS PEKAN BERSAMA PASUKAN PENYELAMAT & KEBAKARAN (BOMBA) PERAMU, PEKAN

Image
Image
Image
17 OGOS 2023 – UMPSA, KAMPUS PEKAN
Warga kerja Pusat Sumber Pengajaran e-Pembelajaran (PSPe) dan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) bersama-sama tenaga kerja yang berada di bangunan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah bersama-sama menjayakan sesi latihan kebakaran bersama Balai Bomba Dan Penyelamat Peramu Pekan. Objektif bagi penganjuran latihan ini adalah untuk mempertingkatkan lagi tahap kerjasama dan siap siaga kesemua tenaga kerja yang berada di bangunan PTMK ini dalam menghadapi situasi kebakaran yang mungkin berlaku. Seramai 11 anggota dari Pasukan Bomba dan penyelamat Pekan telah terlibat dalam latihan tersebut. Menurut penyelaras program Encik Muhamad Badrulisham Bin Md Desa Badrul (Incident Comander), latihan kebakaran bersama anggota bomba ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan kesemua kakitangan yang berada atau bekerja di bangunan PTMK ini bersedia menghadapi pelbagai keadaan kecemasan. Beliau juga menekankan pentingnya latihan berkala bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan warga kerja UMPSA terutamanya bagi mereka yang berada di bangunan PTMK dalam tugas-tugas penyelamatan seben

PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA SMK KARAK

Image
Image
Image
26 JULAI 2023 – SMK KARAK
Pusat Sumber Pengajaran e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP), telah menganjurkan program bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Karak yang melibatkan penyertaan seramai 20 orang pelajar dan juga 20 orang guru.

Bertemakan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar dan juga guru sekolah dimana program perkongsian kepakaran dan teknologi pendidikan yang boleh diadaptasikan oleh para pelajar dan juga guru untuk pengajaran dan pembelajaran dimana ianya berfokuskan kepada pengenalan asas bagi pembangunan bahan dan kandungan pembelajaran. Perkongsian ini sangat membantu para pelajar dan guru dalam pengaplikasian sistem teknologi yang terkini. Sesi pembelajaran ini adalah menggunakan pelantar e-pembelajaran UMP yang boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar ILMU UMP https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/

Program perkongsian ini adalah selari dengan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dibawah inisiatif Menggalakkan Penggunaan Platform Digital Secara Beretika yang mana menerapkan penggunaan media digital yang beretika ke dalam program akademik serta aktiviti kokurikulum di sekolah dan IPT. Ia sejajar dengan hasrat menjadikan universiti untuk masyarakat yang bukan sahaja memberi tumpuan dalam aspek akademik semata-mata, malah memberikan perkongsian yang bermanfaat kepada komuniti melalui program khidmat masyarakat.

Siri II bersama komuniti (Pelajar IPT) akan diadakan di kampus Gambang pada minggu ke-3 Ogos 2023. Pelbagai maklumat terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMP dengan melayari portal PSPe

PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI (PELAJAR IPT)

Image
Image
Image
21 JUN 2023 – PERPUSTAKAAN UMP
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP), sekali lagi menganjurkan program bersama komuniti dimana ianya melibatkan penyertaan seramai 20 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara, Pekan & Kolej Komuniti Pekan.
Berkonsepkan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada institusi pengajian tinggi di sekitar Pekan. Pengarah program PSPe bersama komuniti ini, Mohd Shahri Mohd Akhir (Eksekutif Kanan) menyatakan program bersama komuniti ini adalah satu program bersiri PSPe bersama komuniti dalam perkongsian kepakaran dan teknologi pendidikan yang terkini bersama komuniti setempat. Ianya berfokuskan kepada pengenalan asas bagi pembangunan bahan dan kandungan pembelajaran. Ini sekaligus membantu komuniti dalam pengaplikasian sistem teknologi yang terkini bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Modul pembelajaran bagi sesi ini boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar ILMU UMP https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/

Penganjuran program ini adalah selari dengan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dibawah inisiatif Menggalakkan Penggunaan Platform Digital Secara Beretika yang mana menerapkan penggunaan media digital yang beretika ke dalam program akademik serta aktiviti kokurikulum di sekolah dan IPT. Siri dua (2) bagi Program Inovasi Teknologi Bersama Komuniti (Pelajar IPT) akan diadakan pada Julai 2023 bertempat di UMP kampus Gambang.

Ia sejajar dengan hasrat menjadikan universiti untuk masyarakat yang bukan sahaja memberi tumpuan dalam aspek akademik semata-mata, malah memberikan perkongsian yang bermanfaat kepada komuniti melalui program khidmat masyarakat. Pihak PSPe juga mengalu-alukan penajaan dari badan-badan korporat dan persedirian dalam menjayakan siri #inovasiteknologibersamakomuniti. Pelbagai maklumat terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMP di portal PSPe https://cirel.ump.edu.my/index.php/en/

PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI PEKAN (KEMBARA PEKAN)

Image
Image
Image
17 JUN 2023 – BILIK LATIHAN BERKOMPUTER, PTMK
Pusat Sumber Pengajaran e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama- sama Yayasan UMP dibawah Program Kembara Prihatin Yayasan UMP telah menganjurkan satu Kursus Pengenalan Asas Pembangunan Bahan Digital dengan penglibatan daripada komuniti Pekan, Pahang seramai 30 orang.

Berkonsepkan “Perkongsian Inovasi Teknologi”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada komuniti setempat. Menurut Encik Mohd Shahri Mohd Akhir (Eksekutif Kanan) selaku ketua program, siri perkongsian bersama komuniti ini adalah salah satu program yang dijalankan oleh pihak PSPe bersama komuniti setempat dimana ianya memberikan pendedahan asas kepada para peserta dalam membangunankan bahan kandungan digital mengikut keperluan masing-masing. Modul pembelajaran bagi sesi ini boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar ILMU UMP https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/

Penganjuran program ini adalah selari dengan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dibawah inisiatif Menggalakkan Penggunaan Platform Digital Secara Beretika yang mana menerapkan penggunaan media digital yang beretika. Ia sejajar dengan hasrat menjadikan universiti untuk masyarakat yang bukan sahaja memberi tumpuan dalam aspek akademik semata-mata, malah memberikan perkongsian yang bermanfaat kepada komuniti melalui program khidmat masyarakat. Pelbagai maklumat terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMP di portal PSPe https://cirel.ump.edu.my/index.php/en/

GLOBAL CLASSROOM INITIATIVE: With The World : International Online Program with Osaka Gakugei Senior High School, Japan

Image
Image
Image
26 MEI 2023 – GLOBAL CLASSROOM PSPe
Satu program dibawah inisiatif Global Classroom UMP bersama komuniti telah diadakan di Global Classroom, UMP Kampus Pekan dimana program dibawah selian Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan (SMK Seri Pekan) bersama Osaka Gakegei High School, Osaka, Jepun telah berjaya dilaksanakan pada 26 Mei 2023 yang lalu. Objektif program ini adalah  bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar SMK Seri Pekan merasai pengalaman dalam komunikasi yang menggunakan Bahasa Inggeris dengan  “authentic speakers” yang sekaligus memberikan impak lebih baik dalam kemahiran berkomunikasi serta keyakinan yang lebih tinggi kepada  para pelajar yang terlibat.

Melalui program ini juga ianya dapat memberikan pendedahan yang lebih baik kepada para pelajar di kedua-dua organisasi dalam konteks pertukaran budaya, pengalaman pembelajaran serta memperkukuhkan jaringan kerjasama dua hala dalam aspek pendidikan antara Malaysia dan Jepun. Dengan kemudahan yang baik di Global Classroom UMP Pekan ini sedikit sebanyak memberikan impak yang positif kepada para pelajar dan juga komuniti pendidikan sekaligus menjadikan jenama serta kepakaran Pusat Sumber Pengajaran & e- Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang sebagai pusat sehenti bagi pusat e-pembelajaran yang terbaik.

EDUTECH MALAYSIA 2023

Image
Image
Image
10 MEI 2023 – ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL, KUALA LUMPUR
Wakil daripada Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) yang di ketuai oleh Dr Sureena Abdullah (Timbalan Pengarah PSPe) telah menghadiri persidangan dan pameran teknologi pendidikan, EDUtech Malaysia yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur. Pada edisi kali ini, seramai 250 peserta yang hadir dan dibarisi oleh 30 orang penceramah yang hebat. Acara hibrid dua (2) hari itu memberi tumpuan kepada perbincangan tentang inovasi dalam cara pendidikan disampaikan, dan peluang untuk menilai penyelesaian dan rangkaian. Penyertaan wakil PSPe di Edutech Malaysia pada tahun ini, secara tidak langsung membuka peluang dalam mendapatkan rakan kerjasama bagi pembangunan modul Micro-Credentials dan juga kerjasama dalam lain-lain inisiatif e-pembelajaran yang dijalankan di UMP.

BENGKEL SEMAKAN BAHAN KANDUNGAN DIGITAL (MICRO- CREDENTIALS) UMP

Image
Image
Image
16 MEI 2023 – SWISS-BELHOTEL KUANTAN
Bengkel semakan akhir bahan kandungan digital (Micro-Credentials) telah berjaya diadakan di Swiss-Belhotel Kuantan dimana sebanyak 14 kursus MC yang sedang dan telah siap dibangunkan (fasa 1) akan dibentangkan bagi tujuan semakan & penilaian peringkat akhir. Pada sesi bengkel kali ini sebanyak 8 kursus telah berjaya dibentangkan dan akan dimuat naik ke pelantar ILMU UMP bagi tujuan penawaran kepada komuniti dalam dan luar UMP, dan 6 kursus perlu untuk proses penambahbaikan.

Penghasilan modul yang lengkap bagi Modular/Micro-Credentials ini sekaligus memenuhi keperluan inisiatif e-pembelajaran UMP25 bagi tahun 2023 dan mencapai sasaran bagi Pelan Strategik UMP25. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kursus Micro-Credential ini sila layari https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/ dan maklumat-maklumat terkini bagi inisiatif e- pembelajaran UMP boleh didapati di portal https://cirel.ump.edu.my/index.php/en/

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI: PERKASA TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Image
Image
Image
15 FEBRUARI 2023 - SMK SERI PEKAN
Dalam menyahut agenda `Teknologi untuk masyarakat’ dibawah Pelan Strategik UMP25, Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP) mensasarkan beberapa program perintis bersama komuniti luar UMP bagi memperkasakan masyarakat dengan teknologi terkini dalam pendidikan sebagai tanggungjawab dan khidmat inovasi komuniti (CSI) universiti.

Sejajar dengan agenda yang berkenaan, PSPe telah memilih Sekolah Menengah Seri Pekan (SMK Seri Pekan) sebagai kumpulan yang pertama bagi menjayakan misi ini. Program “Memperkasakan Teknologi Dalam Pendidikan” telah berjaya diadakan pada 15 Februari 2023 yang lalu dengan penyertaan seramai 30 orang pelajar peringkat menengah. Unit Grafik dan multimedia PSPe telah menyediakan beberapa modul pembelajaran secara terus bersama-sama pelajar.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk melestarikan pembelajaran bermakna dengan menggunakan teknologi pendigitalan dimana ianya dapat memberikan pendedahan tentang kemahiran menghasilkan kandungan pembelajaran yang berkualiti dan berinteraktif. Program ini juga secara tidak langsung membantu pihak sekolah dalam memperkasakan lagi teknologi dalam pendidikan.

Menurut Pengarah PSPe, Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli, pihak PSPe mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Seri Pekan diatas komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini dan PSPe akan terus bersama-sama komuniti dalam memperkasakan lagi agenda perkongsian ini dimana Ketua Projek, Encik Mohd Shahri Mohd Akhir telah mengenalpasti beberapa buah sekolah dan pusat pengajian disekitar Kuantan khasnya dan Negeri Pahang amnya bagi penganjuran program yang seterusnya.

Pelbagai maklumat dan informasi yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMP boleh didapati di portal PSPe https://cirel.ump.edu.my ,dan sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui email cirel_admin@ump.edu.my