PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI (PELAJAR IPT)
21 JUN 2023 – PERPUSTAKAAN UMP
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP), sekali lagi menganjurkan program bersama komuniti dimana ianya melibatkan penyertaan seramai 20 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara, Pekan & Kolej Komuniti Pekan.
Berkonsepkan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada institusi pengajian tinggi di sekitar Pekan. Pengarah program PSPe bersama komuniti ini, Mohd Shahri Mohd Akhir (Eksekutif Kanan) menyatakan program bersama komuniti ini adalah satu program bersiri PSPe bersama komuniti dalam perkongsian kepakaran dan teknologi pendidikan yang terkini bersama komuniti setempat. Ianya berfokuskan kepada pengenalan asas bagi pembangunan bahan dan kandungan pembelajaran.