Berita PSPe
SONY BROADCAST & PROFESIONAL SOLUTIONS SEMINAR
8 MEI 2024, KUALA LUMPUR
Broadview Tech Sdn Bhd dengan kerjasama Sony Malaysia telah menganjurkan satu siri seminar “ Sony Broadcast & Profesional Solutions Seminar”. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi dan peralatan terkini daripada pihak Sony Malaysia dan beberapa rakan teknologi lain seperti Fujiflm (M), Vinten dan Canara Lighting. Sesi ini menampilkan rangkaian produk inovatif seperti kamera digital, sistem audio, dan peralatan profesional yang direka untuk pelbagai industri termasuk hiburan, penyiaran, dan kreatif.
Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk mencuba sendiri produk-produk Sony dan rakan kerjasama lain selain daripada sesi perkongsian daripada pakar teknikal mereka. Sesi seminar ini menjadi salah satu platform penting bagi Sony Malaysia untuk menunjukkan komitmen mereka dalam menyokong keperluan teknologi pengguna dan profesional di Malaysia.
LAWATAN KE UPM DAN UMK – JOM MASUK U
Wakil Pusat Sumber Pengajaran & e-pembelajaran (PSPe) telah dilantik menjadi JK Penyelaras bagi penyediaan booth untuk Karnival Jom Masuk U 2024 (Zon Timur II). Bagi memastikan penganjuran di UMPSA berjalan lancar, pihak sekretariat telah lawatan penandarasan ke Karnival JOM Masuk U di Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menlihat penyediaan serta gerak kerja bagi JK Pameran UPM & UMK.
Sepanjang lawatan, delegasi turut menilai kaedah dan strategi komunikasi yang digunakan bagi menyampaikan maklumat penting kepada bakal pelajar dan ibu bapa. Pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh dijangka akan digunakan untuk meningkatkan lagi usaha promosi dan kempen pendidikan di karnival Jom Masuk U (Zon Timur II) di UMPSA.
LAWATAN DARI KASETSART UNIVERSITY, BANGKOK THAILAND (22 APRIL 2024)
22 APRIL 2024 I GLOBAL CLASSROOM, UMPSA KAMPUS PEKAN
Pihak PSPe telah menerima lawatan daripada delegasi Kasetsart University, Bangkok, Thailand. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi kepakaran dan pengamalan terbaik dalam pembelajaran dalam talian melalui micro credentials (MC).
Semasa lawatan, delegasi berpeluang meneroka kemudahan PSPe, termasuk studio rakaman dan pusat pembelajaran (Global Classroom) ,serta bertukar pandangan dengan pihak pengurusan PSPe. Hasil perbincangan dan perkongsian ini dapat memberikan satu impak kerjasama yang baharu dalam pembangunan bersama bagi kursus Micro Credentials di masa hadapan.
PROGRAM PROFESOR TURUN PADANG : BENGKEL PENGGUNAAN AI DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN & PENGAJARAN
5 OKTOBER 2024 I DEWAN TUN TEJA, UMPSA KAMPUS GAMBANG
Program Profesor Turun Padang adalah salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk dilaksanakan oleh IPTA. Juesteru itu, UMPSA di bawah Pusat Jaringan Industri dan Komuniti telah membawa tenaga pakar terus kepada komuniti, dengan memfokuskan kepada perkongsian ilmu yang bernilai tinggi. Inisiatif ini menjadi platform penting untuk memperkasakan para pendidik di seluruh negara, khususnya dalam menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21.
Bagi menyahut inisiatif ini, Prof. Madya Ts. Dr. Awanis Romli dari Fakulti Komputeran, dengan kerjasama Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran serta Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) cawangan Pahang, telah menganjurkan siri Bengkel Penggunaan AI dalam Transformasi Pendidikan & Pengajaran. Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memperlengkapkan para guru dengan kemahiran terkini dalam teknologi pendidikan, terutamanya yang berkaitan dengan Kecerdasan Buatan (AI).
Bengkel ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan dihadiri oleh 79 orang guru dari seluruh Pahang, dan para guru telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang sesi bengkel dijalankan. Para peserta bukan sahaja didedahkan kepada pelbagai aplikasi AI seperti ChatGPT, Canva, Lumen5, dan Heyzine, tetapi juga diajar cara menghasilkan bahan pengajaran digital berkualiti tinggi dalam masa yang singkat – sesuatu yang amat diperlukan dalam dunia pendidikan hari ini.
Apa yang membuatkan bengkel ini unik dan menarik ialah pendekatan hands-on, di mana setiap guru dapat melihat hasil segera daripada usaha mereka menggunakan teknologi AI. Dengan ilmu yang mereka peroleh, mereka kini bersedia untuk membawa inovasi ini ke bilik darjah, menjadikan pengajaran mereka lebih interaktif dan menarik minat pelajar.
Bengkel ini akan diteruskan secara bersiri pada tahun hadapan dengan memberi peluang kepada lebih ramai guru di seluruh negara untuk terlibat. Maka, jangan lepaskan peluang untuk turut serta dan menjadi sebahagian daripada gelombang transformasi pendidikan ini! Sertai kami dalam merevolusikan cara kita mendidik, demi masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda kita.
PROGRAM INOVASI SOSIAL PSPe 2.0 BERSAMA PARA PELAJAR INSTITUT
KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN), PEKAN
28 Ogos 2024
IKBN Pekan
Program Inovasi sosial PSPe 2.0 pada kali ini telah diadakan di Makmal Virtual Learning, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dengan penglibatan seramai 20 orang pelajar . Dimana penganjuran program ini adalah seiring dengan matlamat Pembangunan Mampan dibawah SDG empat (4): Quality Education
Sesi perkongsian pada siri kali ini adalah berfokuskan kepada kemahiran dalam penyediaan poster dan juga penyediaan video pendek dengan menggunakan perisian Canva, dimana ianya dapat membantu para pelajar dalam membuat penyediaan bahan pembelajaran yang lebih interaktif.
Siri program kali ini dibantu oleh 3 orang fasilitator iaitu, Puan Nani Nornasehah Che Morni, Cik Siti Nur Irsyadiah binti Salimi dan Puan Nurul Ashikin binti Mohd Anasir, diteruskan dengan sesi Hands-On (idigital) dimana para peserta diberikan masa selama 1 jam untuk menyediakan poster atau video ringkas berpandukan kepada elemen-elemen yang telah dikongsikan oleh para fasilitator. Para peserta juga diberikan penerangan berkenaan peluang menyambung pengajian di UMPSA.
Para peserta juga diberi peluang untuk membentangkan hasil kerja masing-masing sekaligus memupuk keyakinan dan keberanian dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan yang telah diperolehi sepanjang sesi pembelajaran.
Pihak PSPe juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan diatas kerjasama yang baik sekaligus menjayakan penganjuran program pada kali ini.
SESI ‘MOCK PITCHING’ FINALIST AKRI 2024
8 Ogos 2024
Global Classroom, UMPSA Pekan
Puan Nurul Wahidah Arshad dan kumpulan bersama-sama pengurusan PSPe serta mentor dalaman UMPSA iaitu Prof.Madya Ts Dr Aishah Abu Bakar dan juga Prof. Mayda Dr. Puteri Fadzline Muhamad Tamyez, dan diadakan secara hibrid.
Sesi ini sedikit sebanyak membantu finalist dalam memantapkan lagi gaya penyampaian serta penambahbaikan penyediaan maklumat bagi memudahkan kumpulan untuk sesi pitching AKRI 2024 yang sebenar pada 17 Ogos 2024.
PUSAT SUMBER PENGAJARAN & e-PEMBELAJARAN (PSPe) UMPSA,
PERKASA TEKNOLOGI PENDIDIKAN (KANDUNGAN DIGITAL) BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI
20 Jun 2024
Cameron Highlands
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengambil pendekatan dan inisiatif menyantuni komuniti Orang Asli khususnya pelajar dari sekolah menengah dan rendah dalam memperkasakan teknologi pendidikan yang berfokuskan kepada pembangunan kandungan digital dalam pembelajaran yang juga menyokong kepada bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics). Yang mana secara tidak langsung memberikan pendedahan dan juga kesedaran di kalangan komuniti orang asli tentang kepentingan penggunaan teknologi pendidikan terkini melalui program Inovasi Sosial PSPe bersama komuniti 2.0: Perkasa Teknologi Dalam Pendidikan.
Program inovasi sosial ini dijalankan dengan penglibatan seramai 30 orang pelajar dari SMK Kampung Raja dan Sekolah Rendah Kebangsaan Terisu, Cameron Highlands bertempat di makmal komputer SMK Kg Raja Cameron Highlands.
Aktiviti pembelajaran dan perkongsian yang dijalankan pada siri kali ini adalah berkonsepkan kepada perkongsian kemahiran dalam pembangunan poster dan juga penyediaan video pendek bagi proses pembelajaran di sekolah dengan menggunakan aplikasi dan perisian Canva. Dan pembelajaran adalah melalui pelantar MyCredentials dibawah modul Basic Skills in iDesign.
Siri program kali ini dibantu oleh 3 orang fasitator iaitu, Puan Nani Nornasehah Che Morni, Cik Siti Nur Irsyadiah binti Salimi dan Puan Nurul Ashikin binti Mohd Anasir, diteruskan dengan sesi Hands-On (idigital) dimana para peserta diberikan masa selama 1 jam untuk menyediakan poster atau video ringkas berkaitan dengan aktiviti sekolah berpandukan kepada elemen-elemen dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan.
Para peserta juga diberi peluang untuk membentangkan hasil kerja masing-masing sekaligus memupuk keyakinan dan keberanian dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan yang telah diperolehi sepanjang sesi pembelajaran.
Dengan kejayaan penganjuran siri program pada kali ini, pihak PSPe akan terus mengadakan siri inovasi sosial bersama komuniti ini pada masa akan datang dengan mengambil kira kepentingan bidang fokus STEM yang semakin tinggi sekaligus mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dibawah SDG empat (4): Quality Education dan SDG sepuluh (10): Reduced Inequalities dalam komuniti Orang Asli bermula dari peringkat rendah dan menengah.
Menurut pengarah Projek, En.Mohd Shahri Mohd Akhir, Eksekutif Kanan PSPe, dengan penganjuran program ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu komuniti di kawasan pendalaman dalam pembangunan teknologi pendidikan di era globalisasi kini, dimana mereka tidak merasa terpinggir dan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan komuniti luar yang kian maju sekaligus memilih UMPSA sebagai pilihan pertama bagi menyambung pengajian pada masa akan datang.
Pihak PSPe juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Sekolah Rendah Kebangsaan Terisu, Cameron Highlands serta SMK Kampung Raja Cameron Highlands diatas kerjasama yang baik sekaligus menjayakan penganjuran program pada kali ini.
Pelbagai maklumat terkini inisiatif e-pembelajaran UMPSA di portal www.cirel.umpsa.edu.my dan jangan lupa ikuti kami disemua platform media sosial :
Disediakan oleh:
Mohd Shahri bin Mohd Akhir
Eksekutif Kanan,
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe)
BENGKEL PEMBANGUNAN SIM ODL BAGI PROGRAM MASTER, FAKULTI PENGURUSAN INDUSTRI
11 JUN 2024
Bengkel bersama FPI adalah bertujuan untuk merekabentuk dan seterusnya membangunkan SIM ODL bagi program master FPI. Selain daripada itu, pihak PSPe juga membantu bagi pembangunan bahan kandungan digital khusunya pembangunan video dalam SIM ODL. Pembangunan SIM ODL ini melibatkan 2 program iaitu Master of Bussiness Administration dan Master of Project Management.
Pembentangan dan penerangan inisiatif PSPe ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah PSPe Dr. Sureena Abdullah dan dibantu oleh para pereka PSPe iaitu Cik Nursurainie Mohamed Shateri, Zul Idham Yahya dan Mohd Ali Amirul Azmi.
Bengkel ini diketuai oleh Ketua Program Master FPI iaitu Dr Rusnifaezah dan melibatkan 17 pembangun SIM
INISIATIF GLOBAL CLASSROOM : DARI UMPSA KE INDONESIA
9 Mei 2024
Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya mengadakan sesi Global Classroom (GC) melalui Google Meet dibawah kursus UHE3612 Bahasa Melayu Dokumentasi. Kursus yang diselia oleh Cik Jamilah Bebe Mohamad, selaku tenaga pengajar dengan kerjasama daripada pensyarah jemputan dari Fakultas Dakwah & Komunikasi, Universiti Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU) Indonesia, iaitu Puan Safira Dini. Sesi Global Classroom ini telah dihadiri oleh 50 orang pelajar UMPSA dan telah mendapat maklumbalas yang sangat positif ini membincangkan isu berkenaan “Bahasa Melayu dan Bahasa
ndonesia: Persamaan dan Perbezaan”.
Menurut Puan Safira Dini, Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia seolah-olah dua orang saudara kembar dimana ia mempunyai persamaan tetapi ada perbezaanya antara satu sama lain. Hal ini yang menjadikan kedua-dua bahasa ini menarik dengan ciri-ciri tersendiri. Seterusnya menurut Muhajir Akmal bin Suarno, salah seorang pelajar yang menyertai sesi ini menyatakan, ini merupakan kali pertama beliau mendapat peluang menyertai sesi global classroom khususnya Bersama pensyarah dari negara Indonesia. Hal ini telah memberikan sedikit sebanyak pengalaman baru kepadanya bagi sesi pembelajaran bahasa dan beliau berpeluang mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan dengan persoalan-persoalan berkaitan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
Perlaksanaan global classroom ini juga selari dengan Pelan Pembangunan Lestari (SDG) ke-4 dan ke-7 iaitu Pendidikan Berkualiti dan Rakan Kerjasama. Objektif utama pelaksanaan sesi global classroom ini adalah untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk merasai pengalaman pengajaran diluar negara walaupun secara alam maya. Secara keseluruhannya, para pelajar berharap sesi sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh:
Jamilah Bebe Mohamad, Pusat Bahasa Moden (PBM) UMPSA.
Mohd Shahri bin Mohd Akhir, Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), UMPSA
SESI PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL AERODYNE FLIGHT INSTITUTE
UMPSA Pekan, 30 Mei 2024
Sesi perbincangan awal mengenai pembangunan Micro Credentials telah diadakan di UMPSA Pekan, diketuai oleh Dr Daing Nafiz selaku Timbalan Pengarah bersama ahli akademik dan Pereka dari PSPe bersama CEO Aerodyne Flight Institute, En Izham Zakaria.
PSPe telah mengambil pendekatan strategik dengan jalinan kerjasama bersama industri bagi penghasilan kandungan digital akademik UMPSA bersama Aerodyne Flight Institute. Kerjasama ini memfokuskan kepada penghasilan modul akademik bagi tujuan penawaran latihan kepada komuniti dalam dan luar UMPSA. Sesi ini juga membincangkan berkenaan halatuju kolaborasi antara UMPSA dan Aerodyne Flight Institute pada masa akan datang. Dengan kerjasama ini, ianya akan membuka peluang yang lebih luas bagi pembangunan ekosistem teknologi pendidikan.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PSPe 2024
Pekan, 30 April 2024
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PSPe 2024 telah diadakan pada 30 April 2024 yang lalu dan dimeriahkan dengan kehadiran Lt. Kol Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa serta warga kerja UMPSA, dan sepertimana kebiasaan, majlis sambutan hari raya PSPe ini diadakan di ruang legar, pejabat PSPe, Kampus Pekan
Dengan tema “Tradisi Klasik Melayu”, pelbagai juadah menu hari raya yang disediakan kepada tetamu yang hadir. Menurut Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli, tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk merapatkan lagi silaturahim di antara semua staf dan tetamu yang hadir.
Pelbagai maklumat yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMPSA dengan melayari portal rasmi kami di https://cirel.umpsa.edu.my
#sambutanhariraya2024 #pspeumpsa #cirelumpsa #aidilfitri2024 #elearning #tradisiklasikmelayu #pekan
Dan jangan lupa untuk like, komen dan ikuti kesemua media sosial kami
FB Page : CIReL UMPSA
Instagram : cirel_umpsa
TikTok : cirel_umpsa
“HANDS-ON TRAINING JOOMLA 3.9” ANJURAN PUSAT SUMBER PENGAJARAN &
e-PEMBELAJARAN (PSPe), UMPSA
22 April 2024 – Bilik Latihan Komputer, DiTec
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan program “Hands-On Training Joomla 3.9” bagi pembangunan dan pengendalian laman sesawang jabatan.
Seramai 15 orang staf yang mewakili 6 jabatan dibawah JHEAA menyertai sesi perkongsian pada kali ini dan menurut pengendali program, Encik Mohd Amerul Shuib, objektif utama sesi latihan ini adalah untuk berkongsi dan mempertingkatkan kemahiran pengendali laman sesawang unit/pusat jabatan dibawah Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa.
Sesi pada kali ini dikendalikan oleh Encik Faizul Azley bin Abd Munain, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Unit Teknologi Laman Web), Pusat Teknologi Digital, UMPSA.
Pelbagai maklumat yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMPSA dengan melayari portal rasmi kami di https://cirel.umpsa.edu.my
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK BAGI TEKNOLOGI TERKINI DALAM PENGHASILAN
KANDUNGAN DIGITAL (AKADEMIK) UMPSA
Sesi perkongsian pengamalan terbaik bagi penggunaan teknologi terkini bagi pembangunan kandungan digital (akademik) ini adalah inisiatif yang baharu diadakan di Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe).
Sesi perkongsian ini akan diadakan secara berterusan (setiap bulan) dimana setiap Pereka di PSPe perlu untuk berkongsi penggunaan teknologi yang terkini bagi penghasilan bahan kandungan digital (akademik) yang baik dan berkualiti.
Objektif inisiatif ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan staf teknikal & Pereka di PSPe sekaligus dapat menghasilkan kandungan digital yang lebih baik dan berkualiti.
Sesi perkongsian bagi bulan Mac 2024, telah disampaikan oleh Puan Nani Nurnasihah Binti Che Morni.
Layari https://cirel.umpsa.edu.my untuk dapatkan pelbagai maklumat lanjut berkenaan inisiatif dan aktiviti-aktiviti e-pembelajaran UMPSA
MAJLIS DOA SELAMAT & TAZKIRAH SEMPENA IHYA’ RAMADHAN 2024/1445H
Program Majlis Doa Selamat & Tazkirah sempena Ihya’ Ramdhan 2024/1445H telah diadakan pejabat Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe). Program turut dihadiri barisan pengurusan PSPe dan juga warga kerja PSPe ini di ketuai oleh En. Muhamad Syafiq Mohd Yusof, Pereka PSPe.
Di majlis yang sama, turut diraikan majlis perpisahan untuk En. Muhamad Syafiq yang akan bersama keluarga PSPe sehingga 20 Mac 2024 dan memulakan perjalanan di tempat yang baharu. Sekali lagi, kami warga PSPe ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas khidmat bakti dan komitmen yang terbaik sepanjang bersama-sama keluarga PSPe. Semoga berjaya dan terus cemerlang di tempat yang baharu.
Pelbagai maklumat dan info yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMPSA boleh didapati di portal https://cirel.umpsa.edu.my
SESI PERKONGSIAN : AI POWERED BERSAMA WAKIL OPENLEARNING GLOBAL (MALAYSIA)
Satu sesi perkongsian berkenaan AI POWERED bersama wakil daripada Openlearning Global (Malaysia), telah diadakan di UMPSA Kampus Pekan. Siri perkongsian ini telah disampaikan oleh Puan Masyitah binti Ismail.
Siri perkongsian ini dihadiri oleh penyelaras e-pembelajaran UMPSA, wakil pusat dan pusat akademik serta staf teknikal PSPe.
Pelbagai maklumat dan info yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMPSA boleh didapati di portal https://cirel.umpsa.edu.my
TAKLIMAT SKOP KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN PSPe BERSAMA STAF BAHARU
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) telah menerima 4 orang staf baharu (Pereka) yang telah melapor diri di PSPe pada 4 Mac 2024.Bagi memastikan kelancaran operasi dan pentadbiran di PSPe untuk staf baharu, satu sesi taklimat bagi skop Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP PSPe) telah diadakan dan disampaikan oleh Penyelaras KKP PSPe, En. Mohd Shahri.
Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemakluman awal berkenaan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang perlu dititik beratkan oleh semua pekerja bagi memastikan persekitaran pekerjaan yang selamat sekaligus mewujudkan suasana pekerjaan yang kondusif dan sihat.
BENGKEL PEMBANGUNAN SIM ODL UMPSA
Bengkel anjuran Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, telah dihadiri oleh 65 orang pensyarah dari fakulti dan pusat akademik di UMPSA.
Objektif peganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan dan perkongsian maklumat kepada para pensyarah UMPSA berkenaan kriteria pengajaran bagi menghasilkan dokumen Self Instructional Materials (SIM) bagi progam ODL.
Bengkel ini disampaikan oleh Prof Madya Ts Dr Irwan Mahazir Ismail, dan beliau adalah salah seorang auditor MQA bagi penarafan program-program ODL, TVET dan Information Technology. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam penarafan lebih 30 program ODL (MQA) dan 5 program ODL bagi SWA (USM dan UUM).
MENTAL HEALTH AWARENESS TALK - DON’T LET YOUR THOUGHT CONTROL YOU
“Mental Health Awareness Talk - Don’t Let Your Thought Control You” anjuran Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (PSPe) telah diadakan di Global Classroom, UMPSA Pekan.Program perkongsian ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkenaan dengan kesihatan mental dikalangan staf PSPe yang disampaikan oleh Puan Nur Atiqah binti Mohd Nor, Pegawai Psikologi Pusat Sejahtera UMPSA.
Penyelaras latihan dan promosi KKP PSPe, Puan Nurul Ashikin Mohd Anasir menyatakan, program pada kali ini adalah memfokuskan berkenaan kesedaran tentang kesihatan mental, memahami tentang isu-isu kesihatan mental, kemahiran menguruskan diri, bagaimana dan di mana untuk mendapatkan bantuan, serta menghapuskan stigma dalam isu-isu kesihatan mental. Bagi staf & pelajar UMPSA yang ingin mendapatkan khidmat rundingan bersama Pegawai Psikologi UMPSA, boleh email pusatsejahtera@umpsa.edu.my
Disediakan oleh:
Mohd Shahri Mohd Akhir
Penyelaras KKP PSPe
SESI TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN BAGI INISIATIF ODL UMPSA BERSAMA
PUSAT SAINS MATEMATIK (PSM)
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), telah mengadakan satu sesi taklimat bersama 15 orang staf akademik PSM (Pembangun kursus ODL PSM) yang diketuai oleh Dr. Mohd Sham Mohamad, selaku Timbalan Dekan Akademik, PSM. Sesi ini juga membincangkan berkenaan halatuju dan juga strategi oleh pihak PSM bagi mencapai sasaran e-pembelajaran UMPSA bagi tahun 2024.
Sesi bersama pihak PSM ini diketuai oleh Timbalan Pengarah PSPe, Dr Sureena Abdullah dan wakil teknikal PSPe, Cik Nursurainie Mohamed Shateri dan hasil perbincangan yang tersebut, gerak kerja bagi inisiatif-inisiatif yang berkenaan akan mula digerakkan pada pertengahan Februari 2024.
Pelbagai maklumat dan info yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMPSA boleh didapati di portal https://cirel.umpsa.edu.my
INISIATIF GLOBAL CLASSROOM UMPSA DALAM KONTEKS MASYARAKAT MADANI
Selain mendukung hasrat matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti dan SDG ke-17 Rakan Kerjasama yang telah diketahui selama ini, pelaksanaan Global Classroom juga bertepatan dengan konsep masyarakat Madani dalam usaha memperkukuh dan menginovasikan proses pembelajaran yang bermakna.
Keseimbangan dalam proses memaknakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di antara tenaga pengajar dan pelajar menjadikan pelaksanaan Global Classroom ini unik dan dinamik. Selaras dengan konsep masyarakat Madani yang berlandaskan enam rukun utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, inisiatif ini telah membuktikan keberkesanannya melalui bukti empirikal dan pengalaman praktikal. Hal ini menjadikan inisiatif Global Classroom diyakini oleh institusi pendidikan tinggi yang ingin meningkatkan hasil pembelajaran dan pengalaman holistik pelajar mereka.
Pencapaian yang melibatkan insiatif pelaksanaan Global Classroom juga membuktikan bahawa inisiatif ini bukan sekadar aktiviti di dalam kelas dengan kerjasama pihak institusi pengajian tinggi dan pihak industri luar negara semata-mata tetapi inisiatif ini merangkumi aspek yang lebih meluas. Antaranya ialah pelaksanaan kajian tindakan, penerbitan, penglibatan dalam pertandingan inovasi dan jaringan kerjasama rakan strategik. Hal ini memberikan impak dan maklumbalas yang baik sekiranya dimanfaatkan secara holistik oleh tenaga pengajar yang terlibat dimana banyak peluang baharu dapat diterokai dan dimanfaatkan.
Di mana ada permulaan, Di situ ada laluan, Di akhir ada menanti,Di sebalik sebuah usaha, Di pimpin bersama-sama, Di kecapi manisnya sebuah kejayaan. Di seantero dunia tiada bersempadan,Itulah dinamakan inisiatif Global Classroom.
Artikel disediakan oleh:
Jamilah Bebe Mohamad
(Guru Bahasa Pusat Bahasa Moden UMPSA)
Amy Zulaikha Mohd Ali.
(Guru Bahasa Pusat Bahasa Moden UMPSA)
Mohd Shahri bin Mohd Akhir
(Eksekutif Kanan, PSPe)
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (GHS) PUSAT SUMBER PENGAJARAN & e-PEMBELAJARAN (PSPe) UMPSA, BAGI BULAN FEBRUARI 2024
Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli, Pengarah PSPe bersama-sama warga PSPe yang lain telah menjayakan sukan boling bagi aktiviti gaya hidup sihat (GHS) 2/2024 yang dianjurkan oleh Penyelaras GHS PSPe bagi bulan Februari 2024.
Program bulanan yang diselaraskan oleh Penyelaras GHS PSPe, Encik Mohd Amerul, menyatakan objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan warga PSPe sentiasa bertenaga serta mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan cergas, sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Program ini diadakan bersempena majlis apresiasi staf PSPe.
PEMBANGUNAN MICRO CREDENTIALS BERSAMA AIRASIA DRONE
Pemurniaan kandungan modul Remote Pilot Certificate of Competency-Basic (RCOC-B) bersama jemputan panel pakar dari Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM).Sesi ini bagi membantu SME dalam membangunkan modul Micro Credentials: Drone Technology bersama AirAsia Drone.
Sesi pada kali ini jalankan oleh Dr Daing Mohamad Nafiz Bin Daing Idris, Timbalan Pengarah PSPe dan dibantu oleh staf teknikal PSPe, Muhammad Syafiq bin Mohd Yusof.
PEMBANGUNAN MICRO CREDENTIALS BERSAMA AIRASIA DRONE
Sesi pembentangan dan semakan isi kandungan untuk modul Micro Credentials: Drone Technology bersama AirAsia Drone ini adalah siri perbincangan bagi pembangunan kandungan modul 2: Extended Visual Line of Sight (EVLOS) - Photogrammetry dan Structure for Motion (SfM) bersama panel pakar.
Perbincangan ini adalah untuk mengemaskemaskini dan semakan akhir bagi isi kandungan modul bagi slide pengajaran dan rakaman bahan pengajaran. Sesi pada kali ini jalankan oleh Dr Daing Mohamad Nafiz Bin Daing Idris, Timbalan Pengarah PSPe dan dibantu oleh dua staf teknikal PSPe, Muhammad Syafiq bin Mohd Yusof dan Tengku Ahmad Harishamizan Bin Tengku Sulaiman.
PERKUKUHKAN LAGI AKTIVITI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN AKADEMIK & INOVASI SOSIAL UMPSA
BERSAMA SMK SERI PEKAN
Dalam menyahut agenda `Teknologi untuk masyarakat’ dibawah Pelan Strategik UMP25, Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mensasarkanbeberapa program perintis bersamakomuniti luar UMP bagi memperkasakan masyarakat dengan teknologi terkini dalam pendidikan sebagai tanggungjawab dan khidmat inovasi komuniti (CSI) universiti dan SMK Seri Pekan adalah institusi yang pertama dipilih oleh pihak PSPe untuk menjayakan aktiviti yang tersebut pada 15 Februari 2023 yang lalu.
Sepertimana sedia maklum, SMK Seri Pekan adalah sebuah sekolah model khas yang dikenali sebagai Sekolah Indera Shahbandar (SISP) yang menggabungkan pendidikan rendah dan menengah dibawah satu pergurusan dan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan UMPSA adalah sebuah universiti yang fokusnya adalah dalam bidang pendidikan teknikal yang berkualiti tinggi dengan menawarkan program-program akademik yang cemerlang melalui persekitaran yang kondusif bagi melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan berinovasi.
Bagi menggariskan hasrat kedua-dua pihak untuk mengerat dan memepertingkatkan jalinan kerjasama yang lebih berkesan dalam bidang teknikal, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi khidmat rundingan dan latihan kepakaran dalam bidang penyelidikan, akademik, kokurikulum dan bina insan serta pembangunan bahan digital dalam bidang akademik dan bukan akademik.
Bersempena Hari Terbuka 2023 SMK Seri Pekan (sambutan Jubli Perak) yang diadakan pada 25 November 2023, majlis pertukaran dokumen MoU diantara UMPSA bersama SMK Seri Pekan telah diadakan dan UMPSA diwakili oleh Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor (Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM)Jabatan Canseleri, dan Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli (Pengarah, PSPe), Encik Mohd Shahri Mohd Akhir, Eksekutif Kanan, PSPe manakala SMK Seri Pekan diwakili oleh Puan Zahamana Binti Zainuddin, Pengetua SMK Seri Pekan dan Encik Zaifol Bahrizan bin Mohammad Zan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan (selaku perasmi Hari Terbuka SMK Seri Pekan 2023)
Diharapkan dengan jalinan kerjasama ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan diantara UMPSA dan SMK Seri Pekan sekaligus dapat melahirkan model insan yang cemerlang dan terbilang. Pelbagai berita menarik dengan melayari portal PSPe di https://cirel.umpsa.edu.my
Disediakan oleh:
Mohd Shahri bin Mohd Akhir, Eksekutif Kanan
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe)
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (GHS) PUSAT SUMBER PENGAJARAN & e-PEMBELAJARAN (PSPe),
UMPSA – BADMINTON
Program bulanan yang diselarakan oleh Penyelaras GSH PSPe, Encik Mohd Amerul, menyatakan objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran ke arah amalan gaya hidup sihat dan cergas, sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan warga PSPe, UMPSA.
Pelbagai aktiviti kesihatan dan kecergasan untuk staf PSPe yang telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang tahun 2024 ini.
Program gaya hidup sihat yang dianjurkan secara bulanan ini adalah menyahut seruan pengurusan universiti dalam mewujudkan persekitaran warga UMPSA yang sihat.
Disediakan oleh:
Mohd Shahri Mohd Akhir
TAKLIMAT SKOP KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN PSPE BERSAMA STAF BAHARU
Bagi memastikan kelancaran operasi dan pentadbiran di PSPe untuk staf baharu, satu sesi taklimat bagi skop Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP PSPe) telah diadakan dan disampaikan oleh Penyelaras KKP PSPe, En. Mohd Shahri bersama pengurusan PSPe iaitu Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli (Pengarah) dan juga Dr Sureena Abdullah (Timbalan Pengarah).
Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal berkenaan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang perlu dititik beratkan oleh semua pekerja bagi memastikan persekitaran pekerjaan yang selamat sekaligus mewujudkan suasana pekerjaan yang kondusif dan sihat.
Pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan oleh unit KKP PSPe sepanjang tahun 2024 ini seiring dengan tagline KKP UMPSA “KERJA SELAMAT, SENTIASA SELAMAT, KEKAL SELAMAT”
PSPe BERSAMA KOMUNITI: PERKONGSIAN ILMU TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK CINI, PEKAN.
Menurut ketua program bersama komuniti ini, En. Mohd Shahri, program ini merupakan slot perkongsian ilmu bagi teknologi digital dalam pembelajaran (siri 6) yang melibatkan kumpulan Pereka di PSPe, dan lima (5) siri sebelum ini telah berjaya diadakan di beberapa buah sekolah seperti SMK Seri Pekan, SMK Karak, komuniti sekitar Pekan (dengan kerjasama Yayasan UMPSA) dan pelajar-pelajar dari Insititusi pengajian tinggi (IKM, KKTM, Kolej Komuniti sekitar Pekan dan Kuantan).
Objektif program bersama SK Tasik Cini ini adalah untuk berkongsi ilmu dan kepakaran berkenaan teknologi digitial dalam pembelajaran kepada para pelajar terutamanya pelajar –pelajar orang asli serta beberapa orang guru, sekaligus dapat membantu pihak sekolah dalam mengetengahkan beberapa inisiatif seperti Bitara Budaya, Masakan Tradisional Orang Asli, dan juga kraftangan bagi Eco Pelancongan Cilik 2024, selain bertujuan untuk mewujudkan jaringan kerjasama dan penglibatsamaan komuniti universiti dan komuniti luar, sekaligus dapat menerapkan penggunaan media digital yang beretika ke dalam program akademik serta aktiviti kokurikulum di sekolah dan IPT.
Program ini dibahagikan kepada dua (2) modul iaitu pembangunan poster dan juga video pendek bagi pembelajaran yang interaktif melalui aplikasi Canva yang diketuai oleh Pereka PSPe, Encik Tengku Ahmad Harishamizan. Bagi tahun 2024, pelbagai program yang menarik telah disusun bagi aktiviti perkongsian bersama komuniti ini yang akan diperkukuhkan lagi dengan penglibatan pakar-pakar dari UMPSA.
Dapatkan pelbagai maklumat terkini bagi inisiatif e-pembelajaran di UMPSA di portal kami https://cirel.umpsa.edu.my
UMPSA – MTDC: MEMPERTINGKATKAN PENGHASILAN DAN PENAWARAN KANDUNGAN DIGITAL
(MICRO CREDENTIALS)
Siri perbincangan awal bersama pihak MTDC telah dijalankan oleh pihak pengurusan PSPe yang diketuai oleh Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli selaku Pengarah, dan kerjasama ini diperkukuhkan lagi dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang mengfokuskan kepada penghasilan modul akademik bagi tujuan latihan kepada komuniti dalam dan luar UMPSA.
Objektif utama bagi kerjasama ini adalah untuk memantapkan lagi penghasilan bahan pengajaran & pembelajaran secara Micro Credentials (MC) oleh kedua-dua agensi yang akan diselaraskan oleh pihak Technopreneur Training Academy (TENTRA), MTDC. Dengan kerjasama ini, ianya akan membuka peluang yang lebih luas bagi prospek pelajar dalam dan luar negara sekaligus memberikan banyak manfaat kepada pembangunan ekosistem teknologi pendidikan.
Majlis menandatangani MoU MTDC – UMPSA ini, dirasmikan oleh Ts.Hj Mohammad Hazani Hi Hassan selaku CEO MTDC. Dengan penglibatan dan kehadiran rakan industri & agensi lain seperti YH Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin (Naib Canselor, UMPSA), Profesor Ir Ts Dr Ziad Sulaiman (Timbalan Naib Canselor- Akademik & Antarabangsa), Dr. Hj Mohamad Kamal Hj Harun (CEO- Razak School of Government), En. Khairil Effendy Bin Ahmad Dhman Huri (Managing Director - NEXAGATE SDN BHD, dan akhir sekali adalah En. Muhammad Arif Tukiman (CEO - RUNCLOUD)
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN
(MOBILE CLINIC) STAF JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK & ANTARABANGSA (JHEAA), UMPSA 2023
Objektif penganjuran program saringan kesihatan ini adalah menyahut saranan pihak pengurusan universiti untuk memastikan warga UMPSA berada dalam keadaan yang sihat sekaligus dapat menjana produktiviti yang baik dan berkualiti serta meningkatkan kesejahteraan komuniti UMPSA.
Justeru, program saringan kesihatan (mobile Clinic) serta aktiviti amalan hidup sihat ini adalah salah satu factor dan kunci kepada pekerja yang sihat, cergas dan produktif. Pihak KKP PSPe, mewakili Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (JHEAA) amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penganjuran program saringan kesihatan 2023 ini.
Dapatkan pelbagai berita menarik dan terkini bagi inisiatif e-Pembelajaran UMPSA dengan melayari portal rasmi PSPe di https://cirel.ump.edu.my/index.php/en/
Disediakan oleh:
Mohd Shahri Mohd Akhir
Penyelaras Kesihatan & Keselamatan Pekerja (KKP)
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
LAWATAN PENANDA ARASAN KE PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (PPPJJ) &
PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN (SOM), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Pelbagai kejayaan yang dibentangkan oleh pihak PPPJJ diantaranya, berjaya menghasilkan lebih 20,000 graduan ODL dan mempunyai hampir 5,000 orang pelajar ODL yang aktif pada 2023. Dengan kelebihan dan kejayaan yang telah dicapai oleh pihak PPPJJ, telah membakar semangat delegasi UMPSA untuk terus melangkah sekaligus merealisasikan penawaran program ODL UMPSA.
Lawatan ini telah dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah PSPe, Ketua Program (FTKKP & FPI) dan juga wakil dari UMP Advanced.
MESYUARAT KERJASAMA PEMBANGUNAN MICRO-CREDENTIALS UMPSA & MALAYSIA GREEN TECHNOLOGY CENTER (MGTC)
Objektif perbincangan bersama pihak MGTC ini adalah salah satu insiatif strategik UMPSA dan juga UMP Advance bersama rakan strategik agensi dan industri bagi menyemarakkan lagi pembangunan dan penawaran kursus akademik melalui pendekatan atau kaedah Micro-Credentials yang terkini serta industrial driven yang menyokong kepada Sustainable Development Goals (SDGs).
Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri oleh Prof. Madya Ts. Dr Awanis Romli, Pengarah PSPe, Dr Daing Muhamad Nafis, Timbalan Pengarah PSPe, Dr. Ahmad Johari, Pemangku CEO UMP Advanced, dan juga Dr. Saiful Anwar Che Ghani dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Automotif (FTKMA).
LAWATAN PERKONGSIAN TEKNOLOGI “HYBRID LEARNING SPACE” DI NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE (NUS)
Lawatan ini adalah bersempena penyertaan wakil PSPe ke program Edutech Asia 2023 yang telah berlangsung di Sands Expo & Convention Centre, Singapore pada 7-9 November 2023 yang lalu.
Delegasi UMPSA yang diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr Awanis Romli selaku Pengarah PSPe telah telah diberi penerangan mengenai amalan terbaik dan proses pembangunan dan penggunaan teknologi bagi pusat pendidikan yang berkonsepkan hybrid learning Space di NUS. Maklumat-maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak PSPe dalam membangunkan pusat pembelajaran & pengajaran yang berkonsepkan Hybrid learning space di UMPSA iaitu di Hyflex Edustop yang terletak di Kampus Gambang. Delegasi UMPSA juga dibawa melawat ke pusat rekreasi dan komersil pelajar yang terletak di University Town, NUS.
“Lawatan ini memberikan manfaat dalam meningkatkan pendedahan teknologi yang terkini kepada wakil teknikal PSPe disamping membuka pintu kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang bersama pihak NUS Information Technology.
PERKONGSIAN TEKNOLOGI BERSAMA ZOOM
Perkongsian teknologi & Demo tour oleh Mr. Jenzus Hsu, Partner Solutions Engineer, ISV dan Dr Lance Ford, Zoom Spaces Lead Educator, memberikan input yang sangat baik kepada delegasi PSPe, terutamanya kepada kumpulan teknikal PSPe.
BENGKEL SEMAKAN AKHIR GARIS PANDUAN MICRO CREDENTIALS & TASKFORCE ODL UMPSA
Penganjuran bengkel semakan akhir ini adalah susulan daripada 2 siri bengkel yang telah dijalankan bagi membangunkan draf dokumen garis panduan Micro-Credentials dengan penglibatan daripada dekan,pengarah bagi fakulti, pusat serta wakil daripada jabatan Bendahari dan UMP Advance.
Penglibatan daripada pengurusan fakulti, pusat serta organisasi yang berkepentingan ini adalah bagi mendapatkan maklumbalas dalam melaksanakan inisiatif e-pembelajaran UMPSA secara menyeluruh.
Objektif penganjuran bengkel akhir ini adalah bagi memastikan segala usaha dan inisiatif e-pembelajaran UMPSA berjalan lancar seiring dengan Pelan strategik UMPSA 25 dan juga Master Plan e-Learning UMPSA25.
Garis Panduan Micro – Credential (GPMC) ini akan dijadikan sebagai satu dokumen rujukan dan panduan bagi pembangun modul-modul akademik dan bukan akademik di UMPSA.
Pelbagai maklumat lanjut bagi inisiatif e-pembelajaran UMPSA dengan melayari https://cirel.ump.edu.my
SEMINAR GLOBAL CLASSROOM (GC): BRINGING THE WORLD INTO THE CLASSROOM 2023
DI PUSAT BAHASA MODEN.
Perkongsian ini bukan sahaja memberikan maklumat terperinci mengenai pelaksanaan inisiatif GC yang terdapat di UMPSA tetapi memberikan idea serta kaedah yang boleh diambil oleh semua tenaga pengajar untuk melaksanakan GC ini. Kesemua penceramah bersetuju bahawa pelaksanaan GC dapat memberikan nilai tambah yang baik kepada pelajar yang terlibat terutamanya dari segi aspek berkomunikasi, pertukaran pendapat, pertukaran budaya dan kaedah pembelajaran dan pembelajaran. Selain itu, pelaksanaan GC ini dapat menyumbang kepada jalinan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan industri dalam dan luar negara.
Selaras dengan hasrat Plan Pembangunan Lestari (SDG) ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti dan SDG ke-17 Rakan Kerjasama, maka pelaksanaan GC serta seminar sebegini sudah semestinya mendatangkan pelbagai manfaat kepada pelajar serta tenaga pengajar sekaligus menjadikan UMPSA keterlihatan di seantero dunia. Manakala menurut Prof. Madya Dr. Awanis Romli, Pengarah Pusat Sumber Pengajaran e-Pembelajaran (PSPe), usaha mengadakan seminar sebegini oleh PBM adalah usaha yang sangat bagus dan beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana sentiasa menyokong dan menyambut baik inisiatif pelaksanaan GC. Tahniah diucapkan juga kepada semua warga PBM kerana berjaya melaksanakan inisiatif GC setiap bulan bermula Februari 2023 sehingga September 2023. Semoga usaha baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Disediakan oleh:
Jamilah Bebe Mohamad dan Amy Zulaikha Mohd Ali.
Guru Bahasa Pusat Bahasa Moden UMPSA
UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH UNTUK PARA PENAJA IUCEL 2023
Bagi menghargai penajaan daripada organisasi ini, pihak penganjur telah menjemput wakil- wakil penaja ke Majlis Apresiasi Anugerah IUCEL 2023 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Mohamad Nizar bin Dato' Sri Mohamad Najib, DSAP. Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang dan tetamu kehormat daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) iaitu YBhg. Dato' Prof. Dr. Norzaini binti Azman Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Pengurusan Akademik dan Penyelidikan) serta pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik (BKA), YBrs. Prof. Madya Dr. Azidah binti Abu Ziden
Diantara penaja-penaja yang menjayakan penganjuran IUCEL 2023 pada kali ini adalah Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan, UMP Advance, UMP Holdings, Yayasan Pahang, eLearningMinds, dan Grand DarulMakmur Hotel Kuantan. TERIMA KASIH kerana sudi bersama kami dan kami berharap hubungan yang baik ini akan berterusan di masa hadapan.
Sekali lagi, jutaan terima kasih dari kami Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Jumpa lagi tahun depan, 2024.
Disediakan oleh :
Mohd Shahri Mohd Akhir
Eksekutif Kanan
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
TAHNIAH KEPADA PARA PENYELIDIK UMPSA DIATAS KEJAYAAN
DI INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING (IUCEL 2023)
Penganjuran IUCEL2023 pada kali ini, memperlihatkan penyertaan sebanyak 253 produk inovasi teknologi pendidikan berteraskan e-pembelajaran dimana 40 penyertaan adalah daripada guru-guru dan juga pelajar sekolah.
TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA YUZAWANI
#farewell #pspeumpsa #elearning #kuantan
PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI (PELAJAR IPT) SIRI 2
Berkonsepkan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada institusi jemputan dan objektif penganjuran program ini adalah untuk berkongsi kepakaran dalam inovasi teknologi pendidikan pada hari ini kepada para pelajar. Dimana ianya berfokuskan kepada pengenalan asas bagi pembangunan kandungan digital dalam pembelajaran. Ini secara tidak langsung membantu para pelajar dalam pengaplikasian sistem teknologi yang terkini bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Modul pembelajaran bagi sesi ini boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/
Penganjuran program ini adalah selari dengan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dibawah inisiatif Menggalakkan Penggunaan Platform Digital Secara Beretika yang mana menerapkan penggunaan media digital yang beretika ke dalam program akademik serta aktiviti kokurikulum di sekolah dan IPT. Ia sejajar dengan hasrat menjadikan universiti untuk masyarakat yang bukan sahaja memberi tumpuan dalam aspek akademik semata- mata, malah memberikan perkongsian yang bermanfaat kepada komuniti melalui program khidmat masyarakat. Pihak PSPe juga mengalu-alukan penajaan dari badan-badan korporat dan persendirian
LATIHAN KAWAD KECEMASAN STAFF PSPE & PTMK KAMPUS PEKAN BERSAMA PASUKAN PENYELAMAT & KEBAKARAN (BOMBA) PERAMU, PEKAN
PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA SMK KARAK
Bertemakan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar dan juga guru sekolah dimana program perkongsian kepakaran dan teknologi pendidikan yang boleh diadaptasikan oleh para pelajar dan juga guru untuk pengajaran dan pembelajaran dimana ianya berfokuskan kepada pengenalan asas bagi pembangunan bahan dan kandungan pembelajaran. Perkongsian ini sangat membantu para pelajar dan guru dalam pengaplikasian sistem teknologi yang terkini. Sesi pembelajaran ini adalah menggunakan pelantar e-pembelajaran UMP yang boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar ILMU UMP https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/
Program perkongsian ini adalah selari dengan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dibawah inisiatif Menggalakkan Penggunaan Platform Digital Secara Beretika yang mana menerapkan penggunaan media digital yang beretika ke dalam program akademik serta aktiviti kokurikulum di sekolah dan IPT. Ia sejajar dengan hasrat menjadikan universiti untuk masyarakat yang bukan sahaja memberi tumpuan dalam aspek akademik semata-mata, malah memberikan perkongsian yang bermanfaat kepada komuniti melalui program khidmat masyarakat.
Siri II bersama komuniti (Pelajar IPT) akan diadakan di kampus Gambang pada minggu ke-3 Ogos 2023. Pelbagai maklumat terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMP dengan melayari portal PSPe
PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI (PELAJAR IPT)
Penganjuran program ini adalah selari dengan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dibawah inisiatif Menggalakkan Penggunaan Platform Digital Secara Beretika yang mana menerapkan penggunaan media digital yang beretika ke dalam program akademik serta aktiviti kokurikulum di sekolah dan IPT. Siri dua (2) bagi Program Inovasi Teknologi Bersama Komuniti (Pelajar IPT) akan diadakan pada Julai 2023 bertempat di UMP kampus Gambang.
Ia sejajar dengan hasrat menjadikan universiti untuk masyarakat yang bukan sahaja memberi tumpuan dalam aspek akademik semata-mata, malah memberikan perkongsian yang bermanfaat kepada komuniti melalui program khidmat masyarakat. Pihak PSPe juga mengalu-alukan penajaan dari badan-badan korporat dan persedirian dalam menjayakan siri #inovasiteknologibersamakomuniti. Pelbagai maklumat terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMP di portal PSPe https://cirel.ump.edu.my/index.php/en/
PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI PEKAN (KEMBARA PEKAN)
Berkonsepkan “Perkongsian Inovasi Teknologi”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada komuniti setempat. Menurut Encik Mohd Shahri Mohd Akhir (Eksekutif Kanan) selaku ketua program, siri perkongsian bersama komuniti ini adalah salah satu program yang dijalankan oleh pihak PSPe bersama komuniti setempat dimana ianya memberikan pendedahan asas kepada para peserta dalam membangunankan bahan kandungan digital mengikut keperluan masing-masing. Modul pembelajaran bagi sesi ini boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar ILMU UMP https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/
Penganjuran program ini adalah selari dengan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dibawah inisiatif Menggalakkan Penggunaan Platform Digital Secara Beretika yang mana menerapkan penggunaan media digital yang beretika. Ia sejajar dengan hasrat menjadikan universiti untuk masyarakat yang bukan sahaja memberi tumpuan dalam aspek akademik semata-mata, malah memberikan perkongsian yang bermanfaat kepada komuniti melalui program khidmat masyarakat. Pelbagai maklumat terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMP di portal PSPe https://cirel.ump.edu.my/index.php/en/
GLOBAL CLASSROOM INITIATIVE: With The World : International Online Program with Osaka Gakugei Senior High School, Japan
Melalui program ini juga ianya dapat memberikan pendedahan yang lebih baik kepada para pelajar di kedua-dua organisasi dalam konteks pertukaran budaya, pengalaman pembelajaran serta memperkukuhkan jaringan kerjasama dua hala dalam aspek pendidikan antara Malaysia dan Jepun. Dengan kemudahan yang baik di Global Classroom UMP Pekan ini sedikit sebanyak memberikan impak yang positif kepada para pelajar dan juga komuniti pendidikan sekaligus menjadikan jenama serta kepakaran Pusat Sumber Pengajaran & e- Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang sebagai pusat sehenti bagi pusat e-pembelajaran yang terbaik.
EDUTECH MALAYSIA 2023
BENGKEL SEMAKAN BAHAN KANDUNGAN DIGITAL (MICRO- CREDENTIALS) UMP
Penghasilan modul yang lengkap bagi Modular/Micro-Credentials ini sekaligus memenuhi keperluan inisiatif e-pembelajaran UMP25 bagi tahun 2023 dan mencapai sasaran bagi Pelan Strategik UMP25. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kursus Micro-Credential ini sila layari https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/ dan maklumat-maklumat terkini bagi inisiatif e- pembelajaran UMP boleh didapati di portal https://cirel.ump.edu.my/index.php/en/
PROGRAM BERSAMA KOMUNITI: PERKASA TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
Sejajar dengan agenda yang berkenaan, PSPe telah memilih Sekolah Menengah Seri Pekan (SMK Seri Pekan) sebagai kumpulan yang pertama bagi menjayakan misi ini. Program “Memperkasakan Teknologi Dalam Pendidikan” telah berjaya diadakan pada 15 Februari 2023 yang lalu dengan penyertaan seramai 30 orang pelajar peringkat menengah. Unit Grafik dan multimedia PSPe telah menyediakan beberapa modul pembelajaran secara terus bersama-sama pelajar.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk melestarikan pembelajaran bermakna dengan menggunakan teknologi pendigitalan dimana ianya dapat memberikan pendedahan tentang kemahiran menghasilkan kandungan pembelajaran yang berkualiti dan berinteraktif. Program ini juga secara tidak langsung membantu pihak sekolah dalam memperkasakan lagi teknologi dalam pendidikan.
Menurut Pengarah PSPe, Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli, pihak PSPe mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Seri Pekan diatas komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini dan PSPe akan terus bersama-sama komuniti dalam memperkasakan lagi agenda perkongsian ini dimana Ketua Projek, Encik Mohd Shahri Mohd Akhir telah mengenalpasti beberapa buah sekolah dan pusat pengajian disekitar Kuantan khasnya dan Negeri Pahang amnya bagi penganjuran program yang seterusnya.
Pelbagai maklumat dan informasi yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMP boleh didapati di portal PSPe https://cirel.ump.edu.my ,dan sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui email cirel_admin@ump.edu.my