CIReL UMPSA

BENGKEL PENYEDIAAN DAN PEMBANGUNAN BAHAN KANDUNGAN DIGITAL KURSUS MODULAR DAN MICRO-CREDENTIAL UMP

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) telah mengadakan satu siri bengkel bersama para pembangun kursus (SME) di Dewan Tun Teja, Kampus Gambang dan Bilik Latihan 2, Kampus Pekan pada 9 -10 Februari 2022. Bengkel Pembangunan ini telah dihadiri oleh para pembangun kursus yang di kendalikan oleh pakar dari PSPe.

Sesi bengkel ini adalah untuk membantu para pembangun kursus Modular dan Micro-Credential untuk menyempurnakan kursus masing-masing sebelum ditawarkan kepada komuniti dalam dan luar UMP. Penyediaan kursus-kursus ini adalah bagi menyokong kepada kaedah pembelajaran yang fleksibel sekaligus membantu mencapai sasaran Pelan Strategik UMP25.

Dan pihak PSPe komited dalam membantu para pensyarah dan juga tenaga pengajar di UMP untuk menghasilkan bahan pengajaran (kandungan digital) yang berkualiti seiring dengan keperluan pada era pandemik ini.
Image
— Contact
Centre of Instructional Resources & e-Learning (CIReL) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 26600 Pekan, Pahang

Web Traffic

Today209
Yesterday390
This week599
This month15067
Total1204998
2025-04-29