CIReL UMPSA

BENGKEL SEMAKAN AKHIR GARIS PANDUAN KUALITI KANDUNGAN e-PEMBELAJARAN (GPKKeP)

Image

20 April 2022 | Zenith Hotel, Kuantan

Dalam memastikan kualiti bagi bahan pengajaran (kandungan digital) yang dihasilkan oleh para pembangun kursus di UMP mencapai standard yang telah ditetapkan. Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) telah mengadakan beberapa siri bengkel bagi penghasilan dokumen rujukan bagi semua warga UMP dimana siri bengkel semakan akhir dokumen Garis Panduan Kualiti Kandungan e-Pembelajaran (GPKKeP) telah selesai diadakan pada 20 April 2022 bertempat di Zenith Hotel, Kuantan.

Pada sesi bengkel akhir ini seramai 16 ahli task force GPKKeP yang dilantik telah bersama-sama PSPe memberikan komitmen dalam memastikan dokumen ini dapat disiapkan sebelum dibentangkan untuk kelulusan dan pemakluman pengurusan universiti.

Objektif penghasilan dokumen Garis panduan ini  adalah untuk dijadikan sebagai dokumen rujukan utama dalam menghasilkan bahan pengajaran secara digital (e-kandungan) yang berkualiti sekaligus dapat menyokong kepada pembangunan kursus berberbentuk Modular dan juga Micro-Credential di UMP. Bengkel akhir ini, diketuai oleh Pengarah PSPe iaitu, Prof. Madya Ts. Dr Awanis Romli.

Image
— Contact
Centre of Instructional Resources & e-Learning (CIReL) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 26600 Pekan, Pahang

Web Traffic

Today212
Yesterday390
This week602
This month15070
Total1205001
2025-04-29