CIReL UMPSA

BENGKEL e-LEARNING Bersama PUSAT SAINS KEMANUSIAN (PSK)

Image
Image
Image
Satu siri bengkel bersama Pusat Sains Kemanusian (PSK) telah diadakan di iLEARN, Kampus Gambang. Bengkel anjuran PSK ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan secara terperinci bagi inisiatif-inisiatif e-pembelajaran dibawah seliaan Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP)
 
Siri bengkel pada kali ini adalah memfokuskan kepada para pe-nsyarah dan juga pembangun kursus bagi Modular, Micro-Credential serta Sijil Program Pengkhususan Terbuka (SPPT) dan dibimbing oleh Timbalan Pengarah PSPe iaitu Ts. Dr. Roshahliza Binti M Ramli serta dibantu oleh tiga (3) orang staf teknikal PSPe iaitu Nursurainie Mohamed Shateri, Muhammad Iqbal Ramly dan Muhammad Hazahar Abd Aziz. Selain itu, peserta bengkel juga diterangkan berkenaan konsep PTG dan juga pengamalan bagi inisiatif Global Classroom sekaligus didedahkan dengan teknik-teknik yang mudah bagi kerja-kerja rakaman dan juga suntingan bahan kandungaan digital bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
 
 PSPe juga mengalu-alukan fakulti/pusat/kolej yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan juga bimbingan dalam menjayakan inisiatif e-pembelajaran UMP, dengan menghubungi kami ditalian 09- 4315054 atau email cirel_admin@ump.edu.my. Maklumat berkaitan inisiatif e-pembelajaran UMP juga boleh didapati di portal https://cirel.ump.edu.my/
Image
— Contact
Centre of Instructional Resources & e-Learning (CIReL) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 26600 Pekan, Pahang

Web Traffic

Today150
Yesterday667
This week3068
This month12534
Total1218130
2025-05-24