KLUSTER KURSUS MODULAR

28 September 2020 –
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) telah mengadakan sesi perbincangan (siri 2) bagi pertubuhan kluster untuk pembangunan kursus modular di Universiti Malaysia Pahang. Sesi ini dihadiri oleh 24 orang ahli akademik dari pelbagai fakulti & pusat. Sesi perkongsian dan perbincangan kali ini diketuai oleh Pengarah Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Prof. Madya Ts. Dr. Aishah Abu Bakar dan dibantu oleh Ts. Dr Awanis Romli, Timbalan Pengarah PSPe dan juga Dr. Muhamad Azrin Ahmad selaku Ketua Program Teknologi Pembelajaran. Objektif bagi perbincangan kali ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan tugas setiap kluster dalam membantu pembangunan kursus modular di UMP. Tiga (3) kluster yang ditubuhkan adalah Instructional Design, Digital Content dan TVET Activities. Setiap kluster akan memperincikan halatuju dan garis masa bagi tahun 2020 yang mana dapat membantu melancarkan lagi penawaran kursus dalam bentuk modular kelak.