Rabu, 12 Ogos 2020
Majlis Apresiasi Jawatankuasa Persidangan ASEM Stakeholder 2019 dan Global Classroom Forum 2019 telah diadakan pada 12 Ogos 2020 bagi menghargai jasa usaha semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan penganjuran program yang bertaraf antarabangsa tersebut. Hadir bersama meraikan majlis berkenaan, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Mohd. Rosli Hainin dan Pengarah Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Prof. Madya Ts. Dr. Aishah Abu Bakar.
Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan persidangan Antarabangsa The ASEM MOOC Stakeholders' Forum 2019 pada 7 November 2019 yang lalu di The Zenith Hotel, Putrajaya. Program tersebut dihadiri lebih 130 orang peserta dari dalam dan luar negara sebagai medium perkongsian idea serta memberi manfaat kepada masyarakat pendidik di seluruh dunia dalam pembangunan kursus pembelajaran dalam talian.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof. Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff, Pengarah Pusat K-MOOC, National Institute of Lifelong Education (NILE) Kementerian Pendidikan Korea.
Turut diraikan dalam majlis yang sama, penghargaan kepada mantan Pengarah PSPe, Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar Kamaludin diatas sumbangan dan jasa bakti sepanjang bertugas sebagai Pengarah PSPe bermula Januari 2016 sehingga Julai 2020.Sekali lagi, warga PSPe mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar Kamaludin.