PSPe BERSAMA KOMUNITI
PROGRAM INOVASI SOSIAL PSPe 2.0
BERSAMA PARA PELAJAR INSTITUT
KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN), PEKAN
28 Ogos 2024, IKBN Pekan
Program Inovasi sosial PSPe 2.0 pada kali ini telah diadakan di Makmal Virtual Learning, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dengan penglibatan seramai 20 orang pelajar . Dimana penganjuran program ini adalah seiring dengan matlamat Pembangunan Mampan dibawah SDG empat (4): Quality Education. Sesi perkongsian pada siri kali ini adalah berfokuskan kepada kemahiran dalam penyediaan poster dan juga penyediaan video pendek dengan menggunakan perisian Canva, dimana ianya dapat membantu para pelajar dalam membuat penyediaan bahan pembelajaran yang lebih interaktif.
PUSAT SUMBER PENGAJARAN & e-PEMBELAJARAN (PSPe) UMPSA, PERKASA TEKNOLOGI PENDIDIKAN (KANDUNGAN DIGITAL) BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI
20 Jun 2024, Cameron Highlands
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengambil pendekatan dan inisiatif menyantuni komuniti Orang Asli khususnya pelajar dari sekolah menengah dan rendah dalam memperkasakan teknologi pendidikan yang berfokuskan kepada pembangunan kandungan digital dalam pembelajaran yang juga menyokong kepada bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics). Yang mana secara tidak langsung memberikan pendedahan dan juga kesedaran di kalangan komuniti orang asli tentang kepentingan penggunaan teknologi pendidikan terkini melalui program Inovasi Sosial PSPe bersama komuniti 2.0: Perkasa Teknologi Dalam Pendidikan.
PSPe BERSAMA KOMUNITI: PERKONGSIAN ILMU TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK CINI, PEKAN
14 DISEMBER 2023
PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI (PELAJAR IPT) SIRI 2
19 OGOS 2023
PROGRAM PERKASA TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN BERSAMA KOMUNITI (SMK KARAK)
26 JULAI 2023
PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI (PELAJAR IPT)
21 JUN 2023
PROGRAM KEMBARA PRIHATIN YAYASAN UMP : KURSUS PENGENALAN ASAS PEMBANGUNAN
BAHAN DIGITAL
17 JUN 2023
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama-sama Yayasan UMP dibawah Program Kembara Prihatin Yayasan UMP telah menganjurkan satu Kursus Pengenalan Asas Pembangunan Bahan Digital dengan penglibatan daripada komuniti Pekan, Pahang seramai 30 orang.Berkonsepkan “Perkongsian Inovasi Teknologi”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada komuniti setempat. Menurut Encik Mohd Shahri Mohd Akhir (Eksekutif Kanan) selaku ketua program, siri perkongsian bersama komuniti ini adalah salah satu program yang dijalankan oleh pihak PSPe bersama komuniti setempat dimana ianya memberikan pendedahan asas kepada para peserta dalam membangunankan bahan kandungan digital mengikut keperluan masing-masing. Modul pembelajaran bagi sesi ini boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar ILMU UMP https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/