ABOUT US, MISSION AND OBJECTIVES
Centre of Instructional Resources & e-Learning (CIReL)
Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (PSPe) merupakan sebuah entiti yang ditubuhkan bagi menerajui agenda e-Pembelajaran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sejak Januari 2016. Antara fungsi-fungsi yang dilaksanakan oleh PSPe adalah :
-
Menyokong Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) menerusi lonjakan ke-9 : Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global.
-
Pelan Strategik UMP 2021-2025 menerusi Objektif Strategik 1: Keunggulan TVET Aras Tinggi di bawah Teras 1B : Akademik Bersama Komuniti.
-
Membangunkan pelantar UMP Digital Assessment System (UDAS) yang berfungsi sebagai platform untuk penilaian pentaksiran dalaman kursus secara dalam talian.
-
Pemerkasaan Pengajaran & Pembelajaran dalam talian (PdP-DT) di UMPSA melalui pembudayaan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG). Kaedah PTG ini akan diterapkan ke dalam kurikulum fleksibel dalam bentuk pembangunan dan penawaran kursus Modular dan Micro-Credential.