CIReL UMPSA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PdP-DT) MELALUI KALAM PELAJAR MINDS 2020

Image
15 September 2020 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menjalankan Minggu Induksi Siswa (MINDS) bagi sesi 1 2020-2021 bermula 14 Oktober hingga 18 oktober 2020 yang lalu. Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (PSPe) telah bersama-sama menjayakan sesi bersama pelajar baharu bagi sesi 1 2020-2021 ini dengan memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan cara atau kaedah penggunaan sistem KALAM bagi urusan pembelajaran di universiti.

Sesi penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Aishah Abu Bakar dan Ts. Dr. Awanis Romli selaku Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe). Sesi ini telah dipancarkan secara langsung melalui medium UMP Malaysia (Facebook) dan UMP TV (Youtube).

Disamping itu, bagi memastikan proses PdP-DT ini berjalan lancar, PSPe juga telah menyediakan pelbagai bahan rujukan untuk pembelajaran dan pengajaran dalam talian di laman rasmi PSPe.

 

Image
— Contact
Centre of Instructional Resources & e-Learning (CIReL) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 26600 Pekan, Pahang

Web Traffic

Today222
Yesterday390
This week612
This month15080
Total1205011
2025-04-29